Pupuk minat membaca bukan sekadar guna buku, cara dan teknik yang tepat sangat membantu
CABARAN besar ibu bapa hari ini adalah untuk memupuk minat belajar dan membaca dalam diri anak-anak terutama bagi mendorong mereka supaya lebih menggemari buku berbentuk bahan ilmiah berbanding hiburan.
Mana tidaknya, kanak-kanak generasi hari ini dilihat lebih cenderung menghabiskan masa dengan smart phone atau tablet dengan menonton video dan bermain games pada waktu lapang sehingga leka serta mengabaikan perkara lain.
Jika berlebihan itu sangat tidak wajar kerana ia bakal mengakibatkan perkara yang buruk mungkin berlaku.
Menurut pakar, antara sebab anak-anak hilang minat terhadap sesuatu perkara kemungkinan disebabkan sikap ibu bapa yang jarang mendedahkan mereka kepada aktiviti luar.
Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka mula mencari jalan keluar sendiri dan jalan mudah yang mampu mereka adalah gajet.
Nanum, sebenarnya jika kita menggunakan teknik yang betul, ia tidaklah sesukar mana untuk memupuk minat belajar anak-anak.
Pupuk minat membaca bukan sekadar guna buku tapi ada cara lain yang lebih menyeronokkan! Antaranya adalah seperti :
1. Guna bahan bacaan yang sesuai.
Contohnya untuk bayi atau anak kecil yang berusia bawah dua tahun, tunjukkan pada mereka buku yang mengandungi banyak gambar menarik, berwarna warni dan ayatnya ringkas-ringkas yang mudah difahami.
2. Jadikan amalan membaca satu tabiat rutin di rumah.
Benda ni kalau kita mula lagi awal jauh lebih bagus.
Deria pendengaran anak kita sebenarnya dah berfungsi dengan baik sejak dia dalam kandungan lagi tau.
Jika kita selalu mengaji, bacakan buku dan berbual-bual dengan anak kita, benda tu semua akan tingkatkan minat dia pada buku bila dah besar sikit nanti.
3. Ibu bapa wajib jadi model di rumah.
“Children see, children do”. Percayalah, si kecil tu akan follow tabiat membaca jika kita sendiri selalu amalkan dan tunjuk kat depan dia.
4. Usaha luangkan masa untuk baca buku bersama setiap hari.
Antara waktu terbaik untuk lakukan perkara ni ialah sebelum tidur sebab waktu tu si kecil kita dah berada dalam mood tenang.
5. Pelbagaikan nada suara masa bacakan buku.
Bila mak ayah kreatif untuk tarik minat anak baca buku, InsyaAllah anak-anak tak akan bosan dan terus bersemangat nak tahu jalan cerita buka yang dibaca sehingga tamat.
Untung sangat anak yang mak ayah dia lakukan semua teknik-teknik ini dengan betul.
Jangan lakukan secara sendiri. Buat bersama pasangan dalam mendidik anak-anak jauh lebih baik. Masing-masing perlu mainkan peranan.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang