SEBUT sahaja Gardenia, buat penggemar roti pastinya sudah dapat membayangkan keenakkan dan kelembutan roti putih jenama tersebut.

Tambahan pula sejak Perintak Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu, roti Gardenia menjadi antara ‘barang panas’ dan mendapat permintaan sanggat tinggi. Sehingga ada yang dilaporkan roti tak sempat turun lori lagi dah habis kena borong. Fuh dasyat!

Mana tidaknya, selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia yang sangat popular.

Namun, Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan mengumumkan akan menaikkan harga beberapa produk terpilih mereka bermula esok.

Menurut kenyataan tersebut, GBKL berkata, produk seperti Gardenia Squiggles, Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll, Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans naik lima sen dari RM1.05 ke RM1.10.

Iklan

Manakala produk The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin, and Raspberry Milk & Cranberries bread, naik 20 sen kepada RM4.70.

“Harga untuk produk lain tidak berubah memandangkan GBKL terus menyerap kos yang meningkat.

“Kenaikan ini dibuat akibat kenaikan harga bahan-bahan seperti lemak sayur, serbuk koko, susu dan bungkusan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu juga syarikat tersebut mendakwa telah mengalami kenaikan kos bahan dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan selain dari menaikkan harga jualan.

Iklan

“Fokus kami ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri kami.

“Keputusan untuk menaikkan harga produk kami adalah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi telah diambil,” katanya.

Roti Gardenia naik harga bermula esok, ini penjelasan GBKL