Sakitnya bila angin dalam badan, ini 3 air mujarab mudah, buat sendiri di rumah jer
“ADUH asyik buang angin je! Sendawa, sakit-sakit badan, sakit kepala… banyak angin ke badan ni?”
Itulah antara simptom-simptom badan anda banyak angin.
Kita kaum wanita ni selalu ada masalah angin kan? Bukan naik angin sebab tengok perangai suami dengan anak-anak, tapi angin yang nak kentut tapi tak lepas.
Dia punya tak boleh keluar kadang tu sampai buat badan jadi lesu dan lemah. Nak sedawa pun tak lepas. Seksanya!
Selagi tak keluar, selagi tulah anda akan rasa lemau memanjang.
Macam mana nak tahu yang badan anda banyak angin?
Jadi macam mana cara nak keluarkan angin dari dalam badan ni?
Haa, ada caranya. Boleh cuba tiga jenis air paling mujarab ni. Confirm lepas minum ni, kerja anda lepaskan angin je sampailah rasa lega yang amat.
Baca juga Mudah tanam halia dalam pasu, nak hasil banyak dan besar, ini cara semaiannya
1. Susu halia panas
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Tip: Lagi banyak halia diletak, lagi padu lah angin korang nanti. Tapi jangan terlampau banyak pulak. Agak-agak ikut kuantiti susu korang tu. Minum masa panas tau sebab kalau susu sejuk, nanti rasa dia dah tak padu.
Baca juga Bukan sekadar buah, ini 6 kegunaan hebat lemon yang mungkin ramai tidak tahu
2. Teh + lemon + halia
Kombinasi yang paling best. Dia punya kesan tak sampai 10 minit dah boleh rasa.
Kalau amalkan dalam seminggu, memang ringan rasa badan. Sebab minum air ni juga boleh buatkan sistem pencernaan berjalan lancar.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Baca juga Guna bawang putih dan serai, petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah
3. Bawang putih + serai
Kalau anda lalu, boleh je terus makan bawang putih yang dah dibakar macam tu je. Tapi kalau tak mampu nak telan rasa bawang putih tu, minum sahaja air bawang putih. Kesan dia sama je.
Nak lagi sedap, letak serai. Bau dia memang wangi lepas tu. Nak minum pun rasa berselera je.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Baca juga [VIDEO] Tip paling berkesan buat bayi mudah melepaskan angin. Kembung perut bukan masalah lagi
Kalau amalkan minum air ni sebelum tidur dengan bangun pagi, memang anda akan rasa lebih bertenaga sebab semua toksin dalam badan dah dibuang sama ada melalui angin atau pun pencernaan.
Tak payah tunggu seminggu, tiga hari pun dah jadi. Mesti jadilah. Kalau konsisten amalkan, bukan sekadar angin je buang, siap dengan lemak-lemak degil pun boleh cair tau.
Kalau nak tahu menjadi ke tak, kenalah cuba kan? Jadi, selamat mencuba!
Sumber: sis Yana via Sinaran wanita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…
TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…
“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…
PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…
BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…
BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…