Sekali live dapat RM10,000! Trend NPC TikTok tular cara kreatif kaut duit online

TREND non-player character (NPC) pada kali ini sering kali dijayakan menerusi TikTok Live kini semakin menular dalam kalangan pencipta kandungan di saluran itu.

Penstriman langsung NPC yang viral ini dimulakan pencipta kandungan Jepun pada Oktober 2021.

Ia kemudian semakin dilakukan secara meluas yang mana pencipta mengulangi frasa slogan rawak, pergerakan robot, meniru tarian, aksi watak non-player character yang diprogramkan.

Kelihatan semakin banyak NPC dimainkan pemilik akaun di Malaysia. Untuk melayakkan diri sebagai penerima gift, pemilik akaun perlu memiliki sekurang-kurangnya 1,000 followers.

Semakin ramai followers yang mengikuti live, maka tinggilah jumlah pulangannya apabila anda menukarkan coins atau hadiah tersebut kepada berlian dan seterusnya menukarkan berlian tersebut kepada wang menerusi PayPal.

Iklan
Iklan

Baca juga: [VIDEO]Demi content nyawa jadi taruhan! Wanita dihanyut ombak minta selamatkan kamera

Siapa sangka melalui NPC ini ada yang mampu meraih RM10,000 menerusi hadiah pelbagai nilai!

Memilih watak sebagai adiwira atau anime, seseorang atau dua individu akan memberikan reaksi setiap kali menerima gift daripada ribuan pelayar.

Di sebalik kemeriahan NPC sebagai hiburan, timbul dakwaan mengatakan mereka seolah-olah menagih gift daripada para penonton.

Adakalanya perbuatan yang dilakukan sepanjang live tidak masuk akal, kelihatan jelik dan menjengkelkan.

Baca juga: Demi content, influencer wanita maut terjatuh kren setinggi 160 kaki

Ujar mereka:

– “Ini yang lalu dekat TikTok saya semalam, entah apa-apa. Tiada manfaat langsung.”

– “Tak penatkah beri reaksi kepada semua hadiah yang diberi?”

-“Kalau stail NPC Jepun tidak cringe sangat, cuba cari Queen/ King Ohio Japanese di TikTok, mereka antara pemula trend ini.”

– “Senangnya, patutlah ramai anak muda tak nak sambung belajar. Mungkin mereka rasa belajar tak tinggi pun boleh kaut duit.”

– “Someone tolonglah letak lagu Bersamamu.”

Selain daripada kecaman, ramai juga memuji kreativiti pemilik akaun yang berjaya meraih jumlah gift yang lumayan.

– “Five figure no more a dream , it’s achievable for everyone.”

– “Cukuplah untuk cover suku bulan sebab TikTok amik 50 peratus commision gift. Kalau tidak bebaloi mereka tidak akan konsisten live setiap hari. Untuk dapat engagement tinggi kenalah ’tunggang’ benda yang viral sekarang lagipun benda begini bermusim. Buat live pun bukan pakai duit.”

– “NPC ni boleh la jadi side income. Rasanya side income lagi tinggi dari gajinya.”

– “Masa untuk cari duit kopi.”

– “Saya belajar untuk menerima hakikat bahawa orang-orang ini sebenarnya bijak, mereka tahu cara menarik orang untuk memberi mereka hadiah dan wang.”

Baca juga: 3 anak masukkan jenazah bapa sebagai content TikTok dikecam, bertentangan etika, akhlak Muslim

Sumber: Twitter

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

1 hour ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

2 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

4 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

7 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

8 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

9 hours ago