Sering rasa terancam dengan orang lain, anda mungkin tergolong personaliti paranoid

JIKA korang pernah mempunyai perasaan sangsi dan kecenderungan untuk tidak mempercayai orang lain atau individu sekeliling termasuk keluarga, sahabat dan rakan sekerja, anda mungkin mempunyai personaliti paranoid.

Personaliti paranoid adalah salah satu jenis personaliti yang bermasalah jika tidak dikawal. Pakar percaya bahawa personaliti ini dialami oleh hampir 4% populasi.

Menurut portal thediagnosa, individu dengan personaliti ini sering rasa terancam dengan orang lain, oleh itu mereka enggan berjumpa doktor bagi membantu mereka.

Individu dengan personaliti ini mempunyai perasaan kuat bersangka, sukar memaafkan dan sering cemburu selain bersifat pentingkan diri dan sering bermusuhan.

Iklan
Iklan

Personaliti paranoid boleh dialami oleh pesakit pesakit mental seperti:

  • Skizofrenia
  • Skizoaffektif
  • Bipolar dalam psikosis
  • Penyakit Alzheimer
  • Kecederaan otak

Ini pula simptom dan tanda personaliti paranoid;

1. Individu dengan personaliti paranoid sukar mempercayai orang lain.

Mereka melihat orang lain sebagai ancaman dan merasakan orang lain mahu menyakiti mereka atau menipu mereka.

Ia akan menghalang individu tersebut daripada mempunyai hubungan yang rapat dengan orang sekeliling.

2. Sering berjaga-jaga

3. Sensitif terhadap kritikan

4. Agresif

5. Emosi mudah tercabar

6. Suka menyendiri

Setakat ini, tidak ada ubat yang diluluskan bagi merawat personaliti paranoid.

Pakar mencadangkan bahawa kaedah terapi kognitif dan akhlak boleh membantu mengurangkan simptom personaliti paranoid seperti;

  • Menggalakkan individu dengan masalah ini percaya dengan orang lain.
  • Mendidik individu dengan masalah ini agar tidak mempersoalkan kesetiaan ahli keluarga dan rakan rapat mereka.
  • Menghalang individu dengan personaliti ini supaya tidak mengganggap komen yang dilemparkan oleh orang lain sebagai
    ancaman.
  • Mengubah respons individu dengan personaliti ini terhadap kecaman orang lain tanpa marah, agresif dan bermusuhan.
  • Menggalakkan individu dengan personaliti ini agar mudah memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam

Personaliti paranoid adalah antara penyebab seseorang individu itu gagal untuk maju dalam kehidupan mereka kerana personaliti tersebut mengganggu keupayaan mereka untuk bersosial dan bekerja.

Baca juga Teringin mahu ‘flawless’ dan kelihatan cantik seperti selebriti Korea, ini jawapannya…

Ia juga merendahkan mutu kehidupan dan memberi kesan terhadap individu terlibat, keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Individu dengan personaliti ini boleh menjadi ganas, agresif dan membahayakan serta menyakiti orang lain.

Sebagai kesan, individu ini sering menyendiri dan tertekan.

Personaliti paranoid sering terjadi dengan penyakit mental lain seperti skizofrenia dan depresi yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Oleh itu, individu yang bersimptom personaliti paranoid ini perlu mendapatkan rawatan dan terapi secara berterusan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

4 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

5 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

6 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

7 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

12 hours ago