Si kecil dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang boleh diambil

A
A
A

KUTU rambut atau kutu kepala adalah parasit yang hidup dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia yang dijadikan sebagai sumber makanan utama.

Jika anak kita ada kutu rambut, ia akan kelihatan seperti bintik-bintik gelap di rambutnya. Jika si kecil terlalu kerap menggaru kepala, cuba perhatikan betul-betul. Mungkin kutu dah membiak di celahan rambutnya.

Di bawah kanta mikroskop, kutu adalah serangga kecil tidak bersayap yang berwarna seakan-akan kelabu atau coklat.

Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1 milimeter (mm), lebih kurang saiz kepala jarum peniti. Kutu dewasa pula berukuran sekitar 3 mm, kecil sedikit daripada saiz kepala mancis.

Si kecil dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang boleh diambilMemetik artikel yang diterbitkan oleh babycenter.com, kutu rambut mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi dewasa. Pada masa itu kutu betina akan mula bertelur di atas kulit kepala.

Telurnya berwarna putih-kuning. Kadangkala ia disangkakan kelemumur, tetapi ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan.

Telur mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk menetas dan kulit telur akan terus melekat pada rambut.

Kutu boleh hidup sehingga 21 hari, dan kutu betina boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur sekaligus.

Disebabkan itu ia akan membiak dengan sangat cepat jika kesemua telur yang dikeluarkan oleh seekor kutu menetas.

Sebelum ia merebak ada lebih baik segera kita ambil langkah pencegahan dan sentiasa memeriksa kepala si kecil.

Si kecil dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang boleh diambilKutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.

Itulah sebab ianya mudah dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah.

Ibu bapa, pengasuh atau adik-beradik lain yang tinggal serumah juga terdedah kepada risiko dijangkiti.

Bagaimana nak rawat?

  • Asingkan anak yang ada kutu rambut supaya tidak tidur bersama adik beradik lain untuk elakkan kutu tersebar.
  • Gunakan sikat khas untuk buang telur kutu dari rambut dan kulit kepala.
  • Bagus jugak jika pendekkan terus rambut si kecil tu.
  • Untuk anak lelaki, botakkan kepala adalah jalan terbaik.
  • Dapatkan ubat kutu seperti Permethrin cream.

Kutu kepala tidak memilih jenis rambut. Pendapat yang mengatakan kutu lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh tidak benar. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis rambut, sama ada panjang atau pendek.

Kutu rambut juga akan mati jika berpisah sehari atau dua dari kulit kepala.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca