FYI

#SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

SUAMI isteri adalah pasangan yang tertulis jodohnya di dalam suatu perjanjian (akad) perkahwinan. Melalui akad inilah, timbul hak dan tanggungjawab antara mereka.

Tujuan penyatuan ini adalah untuk saling mengasihi, melengkapi antara satu sama lain dan tempat berkongsi segala kisah suka dan duka.

Dalam ikatan ini, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan agar kehidupan rumah tangga yang dibina berkat, tenteram dan harmoni.

Bibir Merah bersimpati dengan insiden yang menimpa seorang selebriti negara seberang yang baru-baru ini menderita menjadi mangsa suami kaki pukul.

Baca juga: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Baca juga: Dakwa didera 3 tahun, wanita sanggup tak bercerai kerana suami terlalu tampan

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Jika dilihat daripada foto dan video akaun media sosial mereka dilihat bahagia dan romantis. Si suami yang kacak pandai memainkan peranan hingga kelihatan ‘caring’

habis.

Namun tembelang si suami pecah apabila penyanyi berkenaan membuat laporan polis dicekik, hempas ke lantai.

ia berlaku selepas ibu muda itu meminta dihantar ke rumah ibu bapa selepas kecewa dengan perbuatan curang suaminya.

Isteri bukanpunching bag dan tempat meluah kemarahan suami. Pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik tanpa mencederakan.

Pukulan itu haruslah tidak meninggalkan kesan, tidak pada bahagian muka dan ia tidak menjatuhkan maruah isteri.

Baca juga: Enggan gugur kandungan, wanita hamil maut di tangan suami, tubuh 100% terbakar

Suka untuk Bibir Merah kongsikan bahawa keganasan rumahtangga tidak terhad kepada penderaan fizikal semata-mata. Ia ditakrifkan seperti perlakuan mana-mana perbuatan tersebut:

1-Secara sengaja atau dengan disedarinya meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan dan kecederaan fizikal.

2-Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa dengan perbuatan yang diketahui akan mencederakan.

3-Memaksa mangsa atau mengancam wanita untuk melakukan perbuatan berbentuk intim atau perkara yang tidak berhak untuk mangsa melakukannya.

4-Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

5-Melakukan khianat, kemusnahan atau kerosakan kepada harta isteri dengan niat untuk menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu dengan cara yang menyalahi undang-undang.

6-Menyebabkan penderaan psikologi yang termasuk kecederaan emosi kepada mangsa termasuk mengakibatkan delusi dengan menggunakan bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan.

7-Curang dan menggelapkan harta mangsa hingga menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan.

8-Mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya, takut akan keselamatan pihak ketiga, atau mengalami kesedihan.

9-Berhubung dengan mangsa atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau selainnya.

Baca juga: Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga – Peguam

Jika anda wanita yang berada dalam situasi ini, jangan biarkan diri terperangkap. Kalian bukan objek untuk melepaskan amarah pasangan. Langkah pertama ialah menyelamatkan diri dan keluar daripada situasi yang menyakitkan itu.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Baca juga: 6 anak dibuang dalam telaga, ibu ‘hilang akal’ lepas bergaduh dengan suami

Gunakan undang-undang yang sedia ada dan pertahankan hak. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Pindaan) 2017 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga.

Jangan lupa rekodkan semua kecederaan yang dialami, buat laporan polis dan mohon Perintah Perlindungan Sementara. Dapatkan pemeriksaan doktor di hospital kerajaan dan rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan perlindungan, jika perlu.

Bukan sahaja wanita yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan undang-undang, ahli keluarga dan orang sekeliling juga boleh menghentikan penderaan ini.

Dalam akta ini mereka yang berikut boleh membuat aduan keganasan rumahtangga kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa. Senarainya adalah seperti berikut:

a-Suami atau steri
b-Bekas suami atau isteri
c-Anak lelaki atau anak perempuan
d-Ibu atau bapa, abang, kakak atau adik

Seorang suami perlu bijak dalam menyelesaikan masalah rumah tangga dan jika tidak ada penyelesaian, berjumpalah dengan orang tengah seperti pakar kaunseling agar permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Mulut kata benci, tapi tiada sebarang tindakan diambil. Suami kacak dan berharta bukan jaminan rumah tangga bahagia andai diri disakiti. Justeru, buka mata wahai wanita.

Bangkitlah dan ketahui hak diri yang disakiti. Lawan dan keluarlah dari kepompong duka itu.

Si Bibir Merah: Wanita usah biar diri dianiaya mental dan fizikal sendiri lagi, dirimu begitu berharga!

Baca juga: Isteri sedih suami kaki gaduh buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

Sumber: KPWKM, malaysia.gov.my

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Wartawan SinarPlus

Share
Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Harga maksimum minyak masak 8 Disember 2022 -7 Januari 2023, 5 info ibu perlu tahu

MINYAK masak bahan keperluan penting di dapur.Sebagai masyarakat Asia, masakan bergoreng menjadi kebiasaan, justeru penggunaan…

15 mins ago

Guna bawang putih dan serai, petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah

KUCING adalah haiwan peliharaan yang comel dan manja. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan…

39 mins ago

“Terus jantung macam jatuh.”- Datuk Aaron Aziz cemas bila isteri terlibat kemalangan

SUAMI mana yang tidak sayangkan isteri bukan? Sebagai seorang suami tentu segala perihal isteri perlu…

2 hours ago

Al-Quran buruk, rosak tidak boleh dilupus sewenangnya, ini cara sebenar dilakukan

AL-QURAN mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa. Al-Quran yang telah rosak tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya.…

3 hours ago

Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan Nad Zainal

PELAKON Ungku Ismail kembali berkongsi tentang perkembangan terkini keadaan kesihatan Nad Zainal yang kini masih…

4 hours ago

Tergamaknya! Leher dipasung di hutan, ibu meraung selepas ditemui, ini alasan keluarga

TENTU ramai dalam kalangan kita tidak tergamak melakukan perkara yang menyakiti ibu walau dalam apa…

4 hours ago