Tersingkir di minggu ke-3, Haida tetap puas hati dapat tunaikan keinginan peminat beraksi di pentas GV9

PENYANYI Haida Hasnan akur meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9), apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Haida yang menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye itu mendapat markah paling rendah daripada barisan juri dengan 53.40% peratus.

“Dalam tempoh tiga hari, saya sudah berusaha untuk bawakan lagu ini dengan sebaiknya. Jadi apa sahaja yang berlaku hari ini, saya okey dan menerima sahaja. Paling netizen yang pilih lagu ini dan saya cuba sehabis baik, semampu yang boleh.

Iklan
Iklan

“Apa-apa pun terima kasih kepada GV9 kerana memberi peluang kepada saya untuk berada di sini, sekali gus memenuhi permintaan peminat-peminat yang ingin dengar nama Haida Hasnan di pentas ini.

“Terima kasih juga kepada barisan juri atas segala komen dan teguran yang diberikan kepada saya sepanjang di pentas GV9,” ujarnya sebaik diumumkan tersingkir.

Dina Nadzir, Bob Yusof, Pat Candy dan Hairul Nizam
Jaclyn Victor, Tomok, Asheed Def Gab C dan Shila Amzah
Fuad Rahman, Elly Mazlein, Tom, Jac dan VE.

Dalam pada itu, Shila Amzah mengungguli tempat pertama dengan markah 78.80% menerusi lagu Secangkir Madu Merah

, sekali gus melayakkan dirinya dinobatkan sebagai Bintang Memukau Adabi dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan produk Adabi berinali RM500.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Persaingan konsert diteruskan pada minggu hadapan bersama Shila Amzah, Bob Yusof, Hairul Nizam, Asheed Def Gab C, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, VE, Dina Nadzir, Pat Candy dan Tom.

GV9 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.

Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk Ramli MS

Kedudukan dan markah peserta pada minggu ketiga

1. Shila Amzah – Secangkir Madu Merah (78.80%)
2. Bob Yusof – Zalikha (77.30%)
3. Hairul Nizam – Fatwa Pujangga (71.90%)
4. Asheed Def Gab C – Yang Penting Hepi (71.60%)
5. Jaclyn Victor – Perawan Atau Janda (71.40%)
6. Tomok – Hukum Karma (66.80%)
7. Fuad Rahman – Gadis Melayu (65.90%)
8. VE – Dari Sinar Mata (61.90%)
9. Dina Nadzir – Laksamana Raja Di Laut (61.70%)
10. Pat Candy – Cinta Gila (56.90%)
11. Tom – Goyang Inul (55.50%)
12. Haida Hasnan – Nang (53.40%)

(FOTO: AZRUL RAFIE – ASTRO)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

3 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

15 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

19 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

22 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

23 hours ago