Solat tanpa memakai pakaian dalam sah atau tak? Ini wanita wajib tahu

SOLAT tanpa memakai pakaian dalam biasa dilakukan sesetengah orang di rumah sendiri kerana dikatakan lebih mudah.

Namun, pernah tak anda terfikir perkara itu sebenarnya sah atau tidak solatnya?

Usah risau dan pening, ini pengetahuan untuk semua. Barulah boleh solat dengan lebih tenang.

HUKUM SOLAT TANPA PAKAIAN DALAM, BATAL ATAU SAH

Menerusi kitab Minhaj al-Tolibin, ada menyatakan pergerakan-pergerakan anggota badan yang boleh membatalkan solat dalam mazhab al-Syafi‘i adalah yang bermaksud;

“Dan jika dia melakukan di dalam solatnya sesuatu perbuatan lain sekalipun dari jenisnya, maka terbatal solat kecuali kerana terlupa. Dan jika perbuatan itu bukan dari jenisnya, maka batal solatnya jika dilakukan dengan pergerakan yang banyak, dan pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat.”

Iklan
Iklan

Baca juga Solat yang ditinggalkan dikira hutang, wanita boleh ikut cara qada ini jika tak ingat bilangan

Kredit foto: Canva

 

Mengikut ketetapan yang dibahaskan oleh mazhad Syafie, terdapat tiga kategori pergerakan banyak yang membatalkan solat dan perbezaannya dengan pergerakan sedikit;

1. Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala. Sekiranya hanya melibatkan pergerakan ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat walaupun dilakukan secara berulang.

2. Pergerakan yang banyak bermakna pergerakan sebanyak tiga kali secara berturut-turut atau lebih.

Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua.

Baca juga Sideburn wanita perlukah ditarik untuk dibasuh masa berwuduk? Ini penjelasan agamawan elak keliru

3. Pergerakan tersebut mestilah bukan termasuk daripada pergerakan yang tidak dapat mampu dikawal seperti menggaru kudis dan menggigil kerana kesejukan sebagaimana dinyatakan dalam Nail al-Raja, yang bermaksud:;

“Tidak termasuk (dalam hukum terbatal solat disebabkan pergerakan yang banyak) adalah mereka yang berada dalam keadaan darurat yang tidak mampu meninggalkan (pergerakan yang banyak kerana diluar kemampuan) seperti orang yang menghidapi penyakit kudis gatal (yang teruk).”

Jadi, hukum solat tanpa pakaian dalam adalah sah kerana pergerakan zakar dan payu dara termasuk dalam kategori pergerakan yang tidak mampu dikawal.

Baca juga Niat, syarat & cara tunai solat jamak qasar bagi musafir lebih dua marhalah, 18 info perlu tahu

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

2 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

4 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

8 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

9 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

9 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

10 hours ago