Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak

TERINGIN nak masak nasi lemak, tetapi bimbang tak menjadi.

Lebih-lebih lagi tiada santan segar di rumah. Kalau guna santan jenis kotak bimbang pula tak menjadi.

Sementelah, ada yang cakap hasilnya tidak secantik dan sesedap santan segar.

Usah dengar kata orang, cuba dahulu sendiri dan lihatlah hasilnya nanti.

Jika anda nak cuba, boleh ‘usha’ resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Princess Merida menerusi page Masak Apa Hari Ni.

Baca ni Roti Wrap Nasi Lemak, Roti Canai Biawak dan Roti Berlauk bikin gerai Abang Terbang sentiasa penuh. Ini rahsianya

Iklan
Iklan

Selain nasinya masak tak sekata, baunya juga harum wangi.

Malah, resipi yang dikongsikan tersebut merupakan cara turun-temurun yang dipraktikkan ayahnya yang juga seorang peniaga nasi lemak.

Kalau macam tu, mesti power, kan?

 

Bahan-bahan
3 cawan beras biasa (kuantiti ikut suka) (BELI DI SINI)
Halia (ditumbuk) (BELI DI SINI)
5 helai daun pandan (gunting pendek) (BELI DI SINI)
Satu santan kotak pek kecil ( BELI DI SINI)
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak (BELI DI SINI)

Berikut dikongsikan langkah demi langkah memasak nasi lemak versi santan kotak:

Baca lagi [VIDEO] Sayu tengok pakcik ini jual nasi lemak seorang diri, tak sangka rupa-rupanya…

Cara memasak:

1. Basuh dan sukat beras. Kemudian toskan.


2. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.


3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.


4. Masukkan halia, daun pandan dan garam.


6. Masukkan minyak masak lebih kurang tiga sudu besar. Fungsi minyak masak supaya nasi lemak kita yang dah masak nanti cantik. Hasilnya sebiji-sebiji dan tak akan lembik.


7. Kemudian, tekan suis masak nasi seperti biasa. Beras jangan masuk dahulu ya. Supaya bila dah menggelegak air santan dan daun pandan, maka wangilah nasi lemak itu nanti.

Baca lagi Sambal Gesek Bilis ringkas, mudah dan sedap

Nota: Sentiasa periksa periuk nasi bila dah tekan suis masak nasi. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama, nanti santan akan pecah. Nasi tak cantik.
8. Bila sudah mendidih, masukkan beras yang ditos tadi. Dalam 5 hingga 6 minit sekali, kacau supaya nasi sekata dengan santan.
9. Inilah hasilnya. Nasi lemak santan kotak semerbak wangi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

3 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

4 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

8 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

10 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

14 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

15 hours ago