Susah nak pilih vinyl berbaloi untuk raya? Ini tip berguna untuk rumah nampak 'mahal' dan elegan

A
A
A

Susah nak pilih vinyl berbaloi untuk raya? Ini tip berguna untuk rumah nampak 'mahal' dan elegan

WALAUPUN baru enam hari kita berpuasa, tapi mesti ramai yang sudah plan macam-macam untuk persiapan raya.

Tak kiralah prepare baju baharu atau kuih raya, tapi rumah pun nak nampak lain sempena Aidilfitri nanti, betul tak?

Cara paling mudah untuk rumah bertambah seri adalah tukar lantai baharu.

Jika rumah kalian jenis lantai tile atau simen biasa, apa kata gayakan dengan pilihan vinyl.

Bunyi macam bajet mahal jer. Namun percayalah tip yang dikongsikan pengguna TikTok, MumuMellow boleh buat kalian tersenyum.

vinyl raya

Video pendek berdurasi 51 saat itu membantu kita untuk memilih lantai vinyl jenis murah atau mahal ikut bajet masing-masing.

Paling laku keras, vinyl jenis pelekat (sticker) yang dijual di pasaran pada harga lebih kurang RM3 untuk harga sekeping.

Untuk mereka yang ada bajet lebih, bolehlah pilih vinyl jenis mahal yang berukuran lebih 4 milimeter.

vinyl raya

Ia jenis tebal, selesa dipijak dan saiz lebih panjang.

MumuMellow mencadangkan, pilih vinyljenis panjang lebih jimat untuk ruang yang diperlukan, malah yang jenis mahal memang nampak real.

Baca juga Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Contoh, kalau beli jenis kayu, urat memang natural habis sampaikan orang boleh tertipu dengan vinylasli.

Lagi satu, gam vinyljenis mahal kurang melekit tapi untuk dua jenis papan pelekat tersebut, gam memang kuat.

vinyl raya

MumuMellow juga berpesan, jika pilih vinyllebih murah, cara pemasangan kena cermat kerana mudah terbuka atau cepat renggang.

Baca juga Mop lantai guna tiga bahan yang ada di dapur, kilat macam cermin

Jadi, untuk pemilihan vinylmurah atau mahal sebenarnya tak ada masalah, cuma ikut peruntukan poket dan selera masing-masing.

Cuma jika nak nampak lagi 'mahal', bolehlah pilih jenis SPC click vinyl floor.

vinyl raya

Banyak sebenarnya pilihan vinyldijual di pasaran, malah nak lagi jimat boleh order borong dekat Lazada atau Shopee atau gedung online lain yang berpatutan.

So, nak raya ini apa persiapan yang kalian nak buat? Boleh kongsikan di ruang komen kami nanti ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca