Suspek kes tembak KLIA dicekup di Kota Bharu bersama pistol, polis sahkan kejadian bermotifkan hal peribadi, 10 info berkaitan

KES tembak pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Mensasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, lelaki berusia 38 tahun yang menjadi suspek kes berkenaan akhirnya berjaya dicekup.

Dalam perkembangan terkini, suspek dikenali sebagai Hafizul Harawi telah diberkas susulan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Berikut 10 info berkaitan:

1-Selepas lebih daripada 24 jam melarikan diri, suspek yang diburu polis berjaya ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

2-Dia ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu yang terletak hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

3-Sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan berjaya memberkas suspek. Difahamkan ketika ditahan berlaku pergelutan pasukan berkenaan dengan suspek.

4-Polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek.

Gambar hiasan

Baca juga: Kronologi insiden tembak pengawal peribadi di KLIA, isteri suspek masih trauma. ‘Doakan kesembuhan Along’

5-Ketika kejadian Ahad lalu, satu tembakan dilepaskan suspek pada jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

6-Susulan itu, suspek terus melarikan diri menaiki kereta jenis Honda City.

7-Siasatan polis mendapati kejadian bermotifkan perihal peribadi membabitkan suspek dan isterinya.

8-Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Baca juga: Insiden 3 Ramadan, tembak-menembak ragut 2 nyawa di Terengganu, berikut kejadian sebenar

9-Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan polis telah mengambil keterangan daripada 11 saksi. Antaranya ialah pengawal peribadi yang terkena tembakan, isteri suspek, pengawal keselamatan di lapangan terbang, anggota polis dan doktor yang memberikan rawatan.

10-Pihaknya mendedahkan akan memanggil beberapa lagi saksi termasukyang terlibat dalam perniagaan, ahli keluarga (suspek dan mangsa) serta beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan.

Orang ramai hiba mengenangkan nasib mangsa dikenali sebagai Along yang cedera parah.

Beliau dilaporkan mula bekerja sebagai pengawal peribadi sambilan sebelum Ramadan lalu dikatakan mengambil alih tugas rakan sekerja wanita yang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ketika insiden berdarah itu berlaku.

Sumber: Sinar Harian 1 (Wartawan MUHAMMAD AFHAM RAMLI), 2 (Wartawan HAZELEN LIANA KAMARUDIN), Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

1 hour ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

1 hour ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

1 hour ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

3 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

3 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

6 hours ago