Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

ADAKAH anda tahu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang telah diumumkan hari ini boleh disemak semula jika tidak berpuas hati?

Ya, sekiranya anda adalah pelajar atau ibu bapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan itu dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2022.

Pelajar dan ibu bapa yang curiga dengan keputusan SPM 2022 boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.

Cara memohon semakan semula keputusan SPM;

Menurut KPM terdapat dua kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.

Iklan
Iklan

Pelajar dan ibu bapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut langkah yang dikongsikan di bawah:

1. Mengisi borang permohonan secara online;

  • Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  • Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  • Sila isikan borang permohonan secara online.

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.

  • Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  • Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  • Tiada caj dikenakan.
  • Sila isikan borang permohonan secara online.
  • Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

Baca juga [VIDEO] Straight UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peraturan permohonan semakan semula keputusan SPM 2021 yang pelajar and Ibu bapa perlu tahu;

1. Pastikan pelajar dan ibu bapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekali gus.

2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).

3. Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.

4. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2022, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.

5. Sekiranya pelajar ataupun ibu bapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.

Baca juga Sijil SPM hilang? Jangan panik, mohon secara online

6. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

7. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

8. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Maklumat lanjut bleh hubungi; khidmatbantu.lp@moe.gov.my 03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132 atau https://lp.moe.gov.my

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

9 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

10 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

1 day ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago