ANAK durjana! Begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan situasi apabila seorang anak sanggup membunuh ibu bapa kandung.

Seorang lelaki berusia 31 tahun tergamak membunuh ibu dan bapanya dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta, Raub, Pahang malam semalam.

Kejadian tersebut meragut nyawa bapanya berusia 68 tahun dan ibunya berusia 64 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ini kejadian sebenar yang terjadi;

1. Mangsa tinggal bersama suspek yang berusia 31 tahun yang merupakan anak bongsu dan tidak bekerja.

2. Siasatan awal mendapati semasa kejadian pasangan itu sedang berbual dengan suspek di dalam rumah sebelum ibu suspek masuk ke dalam bilik.

Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...

Iklan

3. Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.

4. Ibu suspek kemudian cuba membantu suaminya tetapi lelaki itu menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di leher dan kepala menyebabkan ibunya melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar rumah.

5. Susulan itu suspek keluar dari rumah mencari ibunya sebelum ditemui dan ditahan oleh orang kampung dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

6. Penduduk kampung yang bergegas ke rumah suspek mendapati bapa mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala ibu mangsa terbaring tidak bernyawa di atas rumput di luar rumah.

Baca juga Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

7. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Iklan

8. Suspek yang ditahan oleh orang awam diserahkan kepada pihak polis.

9. Polis merampas sebilah golok dipercayai digunakan suspek bagi membantu siasatan.