Bawal Exclusive perkenal tudung nilai RM100k, termahal di dunia!

MEMUKAU. Syarikat hijab tempatan, Bawal Exclusive teruja memperkenalkan tudung bawal bernilai RM100,000.

Hijab bertatah 7,513 batu kristal pelbagai saiz itu merupakan hadiah istimewa daripada pengeluar kristal terkemuka antarabangsa jenama Swarovski.

TUDUNG bawal bernilai RM100,000 ini bertatahkan 7,512 kristal Swarovski.
Iklan
Iklan

Menurut Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri pemberian tudung tersebut adalah bersempena pembukaan butik premium baharu jenama tersebut di Puchong, Selangor pada bulan September depan.

“Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk menjual tudung bawal mewah bernilai RM100,000 ini kepada mana-mana pihak, sebaliknya ia akan dipamerkan di butik baharu kelak.

“Lagipun hadiah lumayan seumpama ini adalah tanda penghargaan pihak Swarovski memandangkan kami antara pemborong batu kristal terbesar dunia,” ujar beliau pada Majlis Pelancaran Tudung Bawal Exclusive Termahal Bertatah Kristal Swarovski di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Record (MBR), Christopher Wong.

Lebih mengujakan, pada majlis tersebut tudung bawal mewah yang mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia.

CHRISTOPHER (dua dari kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan MBR kepada Haliza (dua dari kiri).
Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baru telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

21 mins ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago