Bawal Exclusive perkenal tudung nilai RM100k, termahal di dunia!

A
A
A

MEMUKAU. Syarikat hijab tempatan, Bawal Exclusive teruja memperkenalkan tudung bawal bernilai RM100,000.

Hijab bertatah 7,513 batu kristal pelbagai saiz itu merupakan hadiah istimewa daripada pengeluar kristal terkemuka antarabangsa jenama Swarovski.

tudung bawalTUDUNG bawal bernilai RM100,000 ini bertatahkan 7,512 kristal Swarovski.

Menurut Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri pemberian tudung tersebut adalah bersempena pembukaan butik premium baharu jenama tersebut di Puchong, Selangor pada bulan September depan.

“Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk menjual tudung bawal mewah bernilai RM100,000 ini kepada mana-mana pihak, sebaliknya ia akan dipamerkan di butik baharu kelak.

“Lagipun hadiah lumayan seumpama ini adalah tanda penghargaan pihak Swarovski memandangkan kami antara pemborong batu kristal terbesar dunia,” ujar beliau pada Majlis Pelancaran Tudung Bawal Exclusive Termahal Bertatah Kristal Swarovski di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Record (MBR), Christopher Wong.

Lebih mengujakan, pada majlis tersebut tudung bawal mewah yang mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia.

tudung bawalCHRISTOPHER (dua dari kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan MBR kepada Haliza (dua dari kiri).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca