Tular foto longgokan kerang di pantai rupanya di Mesir

MENU kerang amat digemari masyarakat kita. Antara yang paling menjadi pilihan ramai adalah kerang bakar dicicah sambal kicap atau air asam.

Selain itu, kerang juga sesuai untuk dimasak rendang, sambal, rebus dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Seperti baru-baru ini tular beberapa foto menunjukkan longgokan kerang di sebuah pantai dan turut menjadi perhatian warganet yang rata-rata menggemari makanan laut itu.

Rupa-rupanya ia bukan di negara kita tapi di Pantai Dumyat, Mesir.

Menerusi posting seorang pengguna Twitter @meccaelbernardi, foto longgokan kerang yang terdampar di pantai itu adalah kiriman daripada follower yang menetap di sana.

Kata pengirim yang juga penuntut jurusan perubatan di Iskandariah, fenomena tersebut adalah disebabkan ketibaan musim sejuk yang bakal melanda Bumi Anbiya’ itu dan ia sebenarnya merupakan perkara biasa setiap tahun.

“Setiap kali musim sejuk, lautan kerang akan naik ke persisiran pantai sejauh mata memandang.

“Waktu inilah masa yang terbaik untuk mengutip kerang yang besar dan segar. Syurga buat peminat kerang!

“Ada segelintir pengunjung terus perisi isi kerang, proses buang pasir dengan merebus kali pertama di pantai itu juga sebelum dibawa pulang. Kena bawa tong gas dan periuk la ke pantai,” tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Baca juga “Jika sedang mencintai lelaki tidak solat, carilah lain”

Menurutnya, ada juga yang usung bawa balik terus ke rumah berguni-guni dengan menaiki van.

“Tidak kurang juga ada yang menjual isi kerang kepada pelajar lain, dibuat pelbagai menu kerang yang susah didapati di Mesir, disebabkan orang Arab jarang jual di pasar kerana mereka tidak makan kerang.

“Namun ada juga kisah sedih yang datang dari jauh tetapi kerang tidak naik ke dataran dan kerang yang naik sudah dimakan oleh burung-burung di situ.

“Tapi ada satu benda yang anda kena tahu tentang kerang besar ini. Kerang ni sangatlah liat dan penuh berpasir. Jenuh kunyah dan telan pasir haha,” ujarnya.

Perkongsian tersebut rata-rata memberikan reaksi teruja di kalangan warganet dan masing-masing turut berkongsi nama menu yang digemari.

Mawar BerduriRose – Sedapnya kalau dapat makan kerang rebus dengan air asam.

noideas – Rebus atau bakar… bawak sambal kicap + cili api + jus limau + bawang hiris! Perghhhh!

nilnaGem stone – Datang ah sini, orang Arab tak makan so ambiklah sebanyak mana kau nak.

@Annamria_ – Weh nak nangis tengok! Kecur air liur tengok kerang!

Ain – Kalau buat sambal kerang ni sedap amat.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

50 mins ago

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

12 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

13 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

14 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

16 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

20 hours ago