Umumkanlah perkahwinan, rahsiakan pertunangan

BERKAHWIN adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

Jodoh adalah  fitrah manusia, ingin memiliki pasangan hidup yang ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi serta diberi perhatian.

Baca juga: Sambut ulang tahun perkahwinan ke-12, Elyana buka rahsia, lamar suami sebab mahu kahwin awal

Tentu ramai yang biasa mendengar, rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan?

Sebahagian ulama melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

Iklan
Iklan

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.

(Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)

Dalam Islam, pernikahan sama sekali tidak boleh ditutup. Malah ia tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan.

Rasulullah SAW malah menyarankan agar majlis perkahwinan diiringi dengan ‘hiburan’ yang menggembirakan semua pihak yang hadir pada majlis tersebut. Ia sudah tentu ‘hiburan’ sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunnah.

Kredit foto: Pixabay

Baca juga: Kuih buah tanjung, pemanis mulut jarang jumpa. Istimewa ketika majlis bertunang, hantaran kahwin

Namun sejak akhir-akhir ini ada segelintir dalam kalangan masyarakat kita cuba menjadikan perkahwinannya sebagai itu misteri.

Menghebahkan perkahwinan itu penuh dengan hikmah. Malah Rasulullah SAW bersabda:

“Mengumumkan pernikahan, mengadakannya di masjid dan membunyikan ketukan,” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

Baca juga: Dipaksa pinjam RM40,000 demi majlis kahwin gah, wanita sedih lihat suami tungkus lumus bayar hutang

Kredit foto: Pexels

Hikmah perkahwinan yang telus dan diumumkan adalah seperti berikut:

1-Menutup pintu fitnah. Dengan ketelusan urusan pernikahan, kenalan pasangan pengantin dan keluarga masing-masing maklum. Sekiranya pengantin baru berdua-duaan orang yang mengenali mereka sudah tahu dan tidak wujud fitnah boleh pergi ke mana-mana.

2-Apabila perkahwinan diuar-uarkan, ramai yang mendoakan pasangan mempelai dan keluarga yang bakal dibina.

3-Ketiga, menggalakkan mereka yang belum berkahwin terbuka hati untuk berkahwin.

4-Perkahwinan ialah sebuah syiar. Kehadiran jemputan di majlis perkahwinan akan menambahkan dakwah dan syiar Islam. Ia menjadi wadah yang mendidik terutama sekali bagi mereka yang belum pernah berkahwin untuk mempelajari proses akad nikah dan majlis perkahwinan.

Keputusan segelintir masyarakat bernikah ‘senyap-senyap’ hanya menjadikan situasi bertambah buruk.

Perkahwinan secara rahsia menjadi gosip termasuk yang berpoligami. Imej poligani tercalar malah fitnah demi fitnah dan cakap-cakap buruk tersebar di merata tempat.  Lebih parah lagi apabila si isteri sudah hamil.

Islam memuliakan perkahwinan dan menganjurkan ia dihebahkan. Justeru jangan dirosakkan ia dengan menjadikan pernikahan sebuah misteri hingga hilang keberkatannya.

Baca juga: Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah, Dalam Islam

Foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Bertuahnya! Ibu beli 10 gelang emas hadiahkan kepada cikgu sempena Hari Guru buat ramai terkesima

HARI Guru yang jatuh pada 16 Mei adalah hari istimewa diisytiharkan untuk mengenang jasa dan…

2 hours ago

Achey dedah kisah sewaktu ambil anaknya 6 tahun lalu bikin sebak. ‘Dapat panggilan telefon, tanpa lihat gambar, keadaan dia…’

SEMALAM merupakan hari lahir Tiara yang merupakan anak angkat kepada pasangan selebriti Achey Bocey dan…

6 hours ago

Jualan Korea Day Mega memang syok habis! Grab peluang menang hadiah lumayan lebih RM9,000

SEMPENA jualan Korea Day Mega yang sedang berlangsung dengan rancak di Shopee, apa kata kalian…

6 hours ago

‘Anak baik, jaga ibu bapa sakit.’ Atlet kayak parah dilanggar pemandu mabuk, diseret sejauh 600 meter, keluarga tuntut pembelaan

BAGAIKAN tiada kesudahan, pemandu mabuk terus mencetuskan kecelakaan. Terbaru atlet kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias,…

7 hours ago

Pink identiti Jelita Aesthetic, wanita ini DIY sendiri 15,000 kuntum bunga. Cantik, elegan & tampak feminin!

SESUAI dengan namanya, Jelita Aesthetic yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor itu merupakan…

7 hours ago

Pengantin lelaki buat kejutan, gubah 1 juta peso jadi permaidani untuk isteri sebagai lambang cinta. Romantisnya!

  BERTUAHNYA badan. Pengantin lelaki di Filipina membuat kejutan untuk isterinya di hari perkahwinan mereka…

8 hours ago