Undangan rumah terbuka Aidilfitri sana sini, ini adab wajib diamalkan ibu bapa didik anak-anak

Undangan rumah terbuka Aidilfitri sana sini, ini adab wajib diamalkan ibu bapa didik anak-anak

MENGHADIRI majlis-majlis rumah terbuka sama ada anjuran pemimpin masyarakat, keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga bagaikan satu kebiasaan bila tibanya perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Dalam sesi kunjungan itu, pelbagai gelagat menarik dan perkongsian cerita dapat disaksikan antara tuan rumah dan para tetamu yang hadir sehingga menceriakan sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh sepanjang sesi kunjung-mengunjungi itu dilakukan.

Perkara yang dimaksudkan itu adalah menjaga adab sopan dan etika kita sebagai tetamu agar majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah.

Iklan
Iklan

Justeru ini sembilan adab menghadiri rumah terbuka.

1) Betulkan niat dan tujuan

Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga.

Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti mahu menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas yang dipakai.

2) Mematuhi masa

Masa amat penting di mana kita harus tahu waktu majlis rumah terbuka tersebut diadakan. Justeru, hadirlah pada waktu tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh penganjur atau tuan rumah.

3) Menjaga aurat

Pakailah pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan ketika menghadiri rumah terbuka.

Baca juga Enaknya menu tradisional hari raya tapi awas jika ambil berlebihan, ini cara buat juadah itu lebih sihat

4) Hormati tuan rumah

Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dan bertanya khabar.

Begitu juga apabila pulang nanti, wajar berjumpa tuan rumah dan ucaplah terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disajikan.

5) Menjaga akhlak dan tingkah laku

Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga dan elakkan daripada bersikap bangga diri, menunjuk-nunjuk, sombong, riak dan takabbur.

6) Jaga adab makan

Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit.

7) Memendekkan tempoh ziarah

Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.

Baca juga Mengumpat, lakukan maksiat dengan sengaja boleh batalkan puasa? Ikuti penjelasan agamawan

8) Jangan mengata

Selepas pulang dari rumah terbuka, jangan mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi sebaliknya bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.

9) Utamakan solat

Jangan lalai dalam menunaikan solat. Seboleh mungkin, singgahlah terlebih dahulu di masjid atau surau berhampiran untuk bersolat. Ingat, solat itu tiang agama.

Jadi masa inilah paling sesuai untuk ibu ayah melatih anak-anak tentang adab berkunjung rumah terbuka.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

2 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

2 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

4 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

8 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

9 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

10 hours ago