Ustaz Ebit hantar bantuan ke Zoo Negara, ini 10 fakta yang perlu tahu

A
A
A

EKORAN Zoo Negara Malaysia memohon bantuan, penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew terus bergegas ke sana.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana.

Menurut Ebit, selepas mendapat panggilan tersebut pada tengah hari, beliau terus menghantar bantuan pada sebelah petangnya.

Kongsinya;

"Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan disana.

"Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.

"Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP.

"Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran," tulisnya.

Ustaz Ebit turut berkongsi pengalamannya mengunjungi tempat berkenaan.

"Dulu saya sampai sini masa darjah 1.

"Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini," katanya.

Menurut Ustaz Ebit juga, Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

"Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara," katanya.

Baca juga KL kawasan ‘halal’ berniaga, tapi tak semua tempat sesuai

Ustaz Ebit hantar bantuan ke Zoo Negara, ini 10 fakta yang perlu tahu

Ini 10 fakta mengenai Zoo Negara;

1. Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia.

2. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

3. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000.

4. Zoo Negara Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 110 ekar di Ampang mempunyai lebih 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

5. Zoo Negara terletak di Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

6. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

7. Peminat haiwan boleh ke Zoo Negara bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa.

8. Zoo ini diuruskan oleh Persatuan Zoological Malaysia (sebuah badan bukan kerajaan).

9. Terdapat lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan untuk anda lawati iaitu dari spesies orang utan di dunia monyet, ikan tropika di taman ekologi air tawar pertama negara hinggalah kepada kodok di dunia amfibia.

10. Pameran haiwan yang ada seperti Giant Panda, Taman Rama-Rama, Burung Enggang, haiwan reptilia, gajah, burung tasik, Bird Aviary, kangaroo, penguin, beruang, Savannah Walk, badak sumbu, Mammal Kingdom, Tunku Abdul Rahman Akuarium, Cat Walk dan banyak lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca