AKHIR-akhir ini, banyak kejadian yang melibatkan cuaca buruk termasuk ribut dan angin kencang di beberapa negeri di tanah air.

Terbaru, video yang memaparkan ribut di Pulau Pinang menjadi tular di pelbagai platform laman sosial.

Antaranya ialah ratusan penunggang motosikal terpaksa berhenti di jalan susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

Video dikongsikan TikTok Penang Kini itu menunjukkan deretan penunggang berhenti di bahu jalan susulan angin kencang petang semalam yang membahayakan perjalanan mereka.

@penang_kini Moga bertabah ya. Angin Sangat Kuat jambatan PP. Merbahaya utk penunggang motosikal. Siapa Yg naik moto Cross bridge hari2? #penangkiniviral #penangki ♬ original sound – faiz_ikmal

Dalam pada itu menerusi paparan video lain, air laut juga kelihatan bergelora dan luruan angin kencang dapat dilihat di bahagian bawah jambatan.

Menurut Facebook Penang Kini, ribut yang terjadi mengakibatkan kecederaan kepada orang awam di samping kerosakan infrastruktur di sekitar pulau itu.

“Bumbung medan selera Dan stadium mini Sungai Ara, Pulau Pinang juga tumbang susulan angin kuat. Ia mengakibatkan seorang lelaki warga emas cedera tangan kiri akibat ditimpa bumbung tersebut. Bagaimanapun dia berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

“Selain itu, banyak kawasan di bahagian pulau mengalami kejadian pokok tumbang dan kerosakan bumbung akibat kejadian ini. Bagaimana keadaan di kawasan anda semua?” katanya.

Penduduk sekitar berkongsi pengalaman angin ribut agak ekstrem hingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan membahayakan penunggang motosikal di jalan raya.

– “Kali ketiga berhenti, tak mampu bergerak ditolak angin,”

– “Angin terlalu kuat hingga kereta bergoyang. Semua memandu di lorong kiri slow and steady.”

– “Kecut perut juga tersadai tengah jambatan kuat angin.  Fikir antara hidup dan mati. Nak lari pun tak boleh. Otak saya fikir peluk tembok divider kalau jadi apa-apa. Tengah jambatan takut hendak rakam. Angin kuta boleh melayang telefon. Bila hujan turun baru angin perlahan.”

Iklan

– “Balik kerja basah kuyup. Maalm bila masuk ke dapur untuk masak, baru perasan tingkap pecah. Bumbung awning belakang rumah ranap dan beberapa tingkap kaca pecah.”

– “Sama juga situasi di Seberang Jaya, angin kuat sampai tercabut langsir rumah.”

Menurut Bernama, hujan lebat dan angin kuat berlaku sekitar jam 5.00 petang.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata beliau menerima maklumat daripada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang memaklumkan terdapat beberapa laporan kejadian pokok tumbang, antaranya di Jalan Zainal Abidin, laluan ke Bukit Bendera dan Jalan Tengku.

Iklan

Baca juga: Waspada! La Nina berterusan hingga Mei, angin kencang, hujan lebat dijangka di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Difahamkan 16 kawasan terlibat kejadian pokok tumbang termasuk satu insiden pokok menghempap kereta.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menguar-uarkan laporan menasihatkan penduduk di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak agar berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada malam Selasa.

Menurutnya, cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Perak sehingga jam 9.00 malam.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook & Tiktok Penang Kini, Bernama, Facebook Penang Fisihing Club