[VIDEO] “Tiba-tiba terpelanting, tak sampai 10 saat bergerak”- Mangsa cerita detik cemas kemalangan LRT
KEMALANGAN Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya menjadi berita tergempar negara malam tadi. Foto dan video mangsa yang cedera parah, terduduk dan terbaring menahan kesakitan di dalam gerabak menjadi tular di media sosial.
Tren yang terlibat kemalangan dengan sebuah lagi tren di terowong bawah tanah berdekatan Stesen LRT KLCC dikatakan berhenti selama 15. Lalu, bergerak semula, tetapi beberapa saat terus berlakunya 'pertembungan' dalam sekelip mata sahaja.
Keadaan cemas itu diceritakan oleh salah seorang penumpang dikenali Afiq Luqman Mohd Baharudin. Katanya, perlanggaran yang terjadi memberikan impak kuat hingga menyebabkan penumpang terpelanting dan terjatuh.
“Sewaktu kejadian, tren menghampiri KLCC dan saya pula nak menuju nak Ara Damansara.
“Kemalangan berlaku di laluan bawah tanah berhampiran Stesen KLCC. Impaknya sangat kuat mengakibatkan ramai penumpang yang sedang duduk dan berdiri terpelanting,” katanya kepada agensi berita tempatan.
Menurut penceritaan Afiq, sebelum kejadian tren berkenaan berhenti selama 15 minit sebelum ia bergerak semula.
“Tidak sampai 10 saat bergerak berlaku pelanggaran,” katanya yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki kiri dan dada.
Menurut lelaki tersebut tidak lama selepas itu pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian dan mengeluarkan kesemua penumpang termasuk dirinya. Mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Selain Afiq, beberapa mangsa kejadian turut berkongsi detik cemas menerusi laman media sosial.
Pengguna Twitter, Lim Mahfudz berkongsi video dan gambar kemalangan yang dirakamnya.
“Keseluruhan video ini saya rekod sendiri dan saya baik-baik saja, tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur kepada Tuhan kerana melindungi saya.
"Bagi saya, kejadian ini adalah satu tragedi dan mimpi ngeri yang benar-benar berlaku dalam hidup saya,” kongsinya di Twitter.
I felt sorry for that uncle (In Black Polo Tee) because he looked badly injured and seemed to have difficulty breathing #LRT#KelanaJayaLine#TrainNo40#FromKLCCToKampungBaru#EmergencyBreakpic.twitter.com/4U7tLS3A6J
— Lim Mahfudz (@LimMahfudz) ?ref_src=twsrc%5Etfw">May 24, 2021
Katanya ada penumpang cedera akibat terkena serpihan kaca tingkap tren yang pecah dan ada terpelanting selepas tren berhenti secara mengejut.
At last! Rescue team is arrived ? pic.twitter.com/DRwzzBuzip
— Lim Mahfudz (@LimMahfudz) ?ref_src=twsrc%5Etfw">May 24, 2021
Dilaporkan, seramai 65 penumpang tren termasuk enam warga asing masih menerima rawatan di hospital melibatkan 29 lelaki dan 36 wanita.
Dalam kejadian kemalangan malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 cedera ringan.
SinarPlus mendoakan agar semua mangsa menerima rawatan sepenuhnya dan pulih segera.
Sumber: Lim Mahfudz
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang