“Wang itu bukan hak kami” Keluarga pulangkan wang tunai RM4.35 juta yang dijumpai

A
A
A

APA agaknya yang akan anda lakukan jika tiba-tiba menjumpai sebuah beg yang sarat berisi duit? Nak pulang kena cari tuan empunya satu hal juga kan.

Jadi, apa tindakan anda? Melaporkan pada pihak brkuasa atau hanya menyimpannya?

Seperti apa yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini, Jabatan sheriff di negeri Virginia, Amerika Syarikat memuji sifat bertanggungjawab dan jujur sebuah keluarga yang memulangkan dua buah beg besar berisi wang tunai.

Menurut laporan AFP, beg yang mengandungi wang berjumlah hampir AS$1 juta (RM4.35 juta) itu ditemui oleh Emily Schantz ketika dia sedang memandu bersama dengan ahli keluarganya.

Pada mulanya, dia ingat terlanggar beg sampah, sebelum terjumpa satu lagi beg berhampiran longkang berdekatan.

Mereka hanya menyedari beg tersebut mengandungi wang tunai yang dibungkus kemas di dalam plastik sebaik mereka tiba di rumah.

Tidak menyifatkan kejadian itu sebagai durian runtuh, keluarga Schantz sebaliknya menyerahkan beg tersebut ke pejabat sheriff di Caroline County yang terletak Richmond, Amarika Syarikat.

“Untuk seseorang yang sangat jujur dan sanggup memulangkan wang tunai hampir 1 juta dollar, ini memang luar biasa.

“Kami berbangga dan keluarga Schantz menunjukkan bahawa wara negara ini memang jujur dan amanah,” kata ketua jabatan polis, Mejar Scott Moser.

Schantz memberitahu media bahawa mereka hanya melakukan perkara yang betul.

“Wang itu bukan hak kami,” katanya.

Pihak berkuasa menyatakan mereka tidak tahu bagaimana wang tersebut boleh berada di atas jalan. Namun mereka percaya wang itu telah dihantar ke bank.

Sumber : AFP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca