Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam

WANITA sering menjadi mangsa kecurangan suami sendiri. Tidak sekadar suami dirampas, mereka pula diganggu orang ketiga dengan pelbagai cara.

SinarPlus menemuramah Peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf menerusi ruangan Borak Bibir Merah yang mendedahkan perosak rumah tangga atau pihak ketiga sebenarnya dikenakan tindakan undang-undang.

Definisi orang ketiga tidak terhad kepada perampas, ia boleh merujuk kepada skandal (wanita) suami, kaum kerabat atau mana-mana individu yang boleh menyebabkan berlakunya penceraian.

Baca juga: Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

Iklan
Iklan

Baca juga: Kamera AES jadi bukti curang! Isteri terkejut surat saman suami gambar wanita lain

Mungkin ramai yang tidak mengetahui secara lanjut mengenai hak ini. Selain sesi kaunseling dan rundingan, isteri juga boleh mengambil tindakan keras begini untuk menyelamatkan rumah tangga.

Menurut Nurfarhana, cara tersebut dicadangkan sekiranya seorang wanita masih ingin meneruskan perkahwinan dan masih menyayangi ikatan yang terbina demi anak-anak.

“Jika klien ingin meneruskan perkahwinan, mereka perlu mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang isteri dan anak semasa tempoh perkahwinan,” katanya

.

Kongsinya lagi, wanita perlu mengelakkan diri daripda bertindak melulu. Sebagai contoh, perkahwinan diganggu dan si suami telah berkahwin dengan pihak ketiga, wanita perlu bertindak bijak.

“Saya pernah mengendalikan kes seorang wanita ingin menyelamatkan perkahwinan dan tidak mahu bercerai. Dalam kes ini, anak-anak sudah dewasa. Saya mencadangkan supaya wanita terbabit menuntut nafkah isteri. Setelah berbincang, si suami akhirnya bersetuju merekodkan nafkah isteri sebagai perintah mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan wanita agar mengelak daripada menularkan sesuatu bukti dan berfikiran rasional. Katanya, sebelum bertindak, dapatkan dahulu nasihat daripada pakar.

Selain itu, wanita dinasihatkan tidak cepat percaya kepada pihak yang menyampaikan cerita. Siasat terlebih dahulu dan apabila bukti dan maklumat sudah mencukupi, barulah tindakan seterusnya diambil.

Menurut Nurfarhana, penting bagi seorang wanita mengetahui hak sebagai seorang isteri

. Isteri berhak untuk menyaman pihak ketiga atau suami sendiri bagi penceraian atau menuntut nafkah.

“Si isteri juga boleh menyaman kedua-dua belah pihak iaitu suami dan pihak ketiga. Buat keputusan yang bijak demi keluarga sendiri dan pengajaran kepada masyarakat terutama orang ketiga,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan tindakan pendakwaan termasuk saman orang ketiga atau suami bukan untuk mengaibkan, namun sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.

 

Baca juga: [SENORITA KAYANGAN] Banyak isteri sakit mental, derita gara-gara perangai suami keterlaluan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

6 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

12 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

12 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

15 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

16 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

17 hours ago