Wanita Malaysia berisiko alami mati putik, kenali punca, cara rawatan

WANITA, bukan mudah mengharungi liku hidupnya. Apatah lagi jika ingin menjadi wanita tabah dan berhati cekal.

Dari alam remaja menginjak dewasa bahkan memasuki fasa perkahwinan, berbagai dugaan dan ujian akan wanita hadapi.

Seperti satu kajian yang mengatakan kira-kira 20 hingga 30 peratus wanita berkahwin di negara ini berisiko mengalami masalah mati putik.

Mati putik atau disfungsi seksual wanita ialah isu yang menghalang seseorang wanita daripada menikmati atau ingin melakukan hubungan intim disebabkan tiada rangsangan, sukar syahwat atau sakit ketika hubungan seks.

Ia merupakan kondisi biasa yang berlaku kepada kaum Hawa yang baru sahaja melahirkan anak. Wanita yang mempunyai masalah ini selalunya tidak mempunyai nafsu untuk melakukan hubungan seks dan sering rasa lesu serta letih sepanjang hari.

Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad, dapatan itu diperoleh melalui kajian 10 tahun lalu dan dijangka berlaku peningkatan berdasarkan persekitaran termasuk tekanan hidup serta pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

“Kajian dilakukan terhadap wanita yang menghidap penyakit kronik seperti kanser.

“Antara puncanya ramai wanita mengalami masalah kendiri iaitu kurang pengetahuan dalam seksual, bermasalah dengan suami dan kekurangan teknik ketika hubungan seks.

“Akibatnya, wanita berkenaan tidak mempunyai nafsu, kurang terangsang dan tidak mampu mencapai klimaks,” katanya.

Menurut Dr Rosediani, USM mempunyai pakar dalam bidang itu dan boleh membantu mereka yang mengalami masalah tersebut melalui Klinik Rawatan Keluarga.

“Ia memerlukan sokongan suami. Setakat ini sudah ada yang berjaya dirawat melalui terapi psikiatri dan memiliki zuriat,” katanya.

Sementara itu, berikut adalah punca wanita mengalami mati putik;

1. Punca mati putik boleh berbeza, bergantung pada jenis kategori gangguan yang secara amnya terbahagi kepada faktor fizikal dan psikologi.

2. Faktor fizikal termasuk keadaan perubatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, rawatan kanser dan ketidakseimbangan hormon.

3. Isu psikologi pula adalah seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, perasaan tidak mencukupi secara seksual, masalah perkahwinan atau perhubungan juga menyumbang kepada disfungsi seksual.

Tanda wanita mengalami mati putik;

  • Kurangnya keinginan seksual.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Tidak mempunyai nafsu untuk melakukan seks.
  • Vagina rasa kering, terlalu ketat atau terlalu longgar.
  • Masalah untuk mencapai orgasme.

Baca juga Tenang jamah lauk dibekal isteri, lelaki ‘dibahan’ rakan, ramai puji suami terbaik

Empat tip untuk atasi mati putik;

1. Mulakan seks dengan sentuhan intim

Kalau boleh, cari masa untuk ‘bercinta’ semula. Mulakan hubungan intim dengan sentuhan manja dan pelukan hangat untuk bangkitkan mood isteri. Selepas itu, pasti isteri akan lebih bersedia untuk melakukan hubungan seks.

2. Berbincang dengan pasangan

Jika anda mempunyai masalah mati putik ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berbincang dengan pasangan. Pastikan pasangan tahu tentang mati putik, maksud serta cara mengatasinya.

Jangan lupa, luahkan kegusaran hati anda dan dengar juga keluhan daripada pasangan. Perbincangan amat penting sebelum dan selepas melakukan seks untuk pastikan kepuasan kedua-dua belah pihak.

3. Sediakan masa khas untuk bersama pasangan

Jika anda dan pasangan ingin melakukan hubungan seks, letak ia sebagai benda yang paling penting. Kerja rumah lain seperti membasuh baju atau menyapu sampah boleh dilakukan nanti.

Jika ada masa terluang, cuba habiskan masa tersebut dengan pasangan, lebih-lebih lagi ketika anak sedang lena tidur.

Baca juga Cinta pandang pertama, tetap bahagia walau usia isteri 40 tahun lebih tua

4. Jangan paksa diri jika mati putik

Kadangkala, wanita yang mengalami mati seksual ini tidak suka dipaksa. Kalau dipaksa, makin kuranglah keinginan mereka nanti.

Biarkan diri dalam keadaan bersedia, sihat mental dan fizikal untuk pasangan kembalikan kemesraan dalam hubungan seks.

Sumber: Sinar Harian, HelloDoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

4 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

4 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

4 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

6 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

6 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

9 hours ago