Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas iaitu Ekspres Khas Keluarga Malaysia.

Perjalanan tren yang akan bermula pada 29 April 2022 itu merupakan satu inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dan KTMB sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia yang akan pulang berhari raya dengan selamat serta dengan harga tambang yang berpatutan.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Dengan membawa slogan “Maghi Kelik Kampung”, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan tersebut dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang sering dihadapi warga Pantai Timur setiap kali musim perayaan tiba.

Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi tren khas berkenaan. Perkhidmatan itu akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur dan bakal memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

Iklan
Iklan

Tren terbabit dijadualkan akan berlepas pada 29 April 2022, jam 11 malam dari KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu;

  • Bandar Tasik Selatan
  • Kajang
  • Nilai
  • Seremban
  • Pulau Sebang
  • Mentakab
  • Jerantut
  • Gua Musang
  • Pasir Mas
  • Tumpat

Perjalanan tren dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April pada jam 3.55 petang.

Sementara itu, perjalanan balik dari Stesen Tumpat pula adalah pada 7 Mei 2022 jam 10.50 malam dan dijadualkan akan tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei jam 3.04 petang.

Jadual perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia;

Di samping menawarkan harga yang berpatutan, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh tren khas iaitu :

  • Koc katil
  • Koc tempat duduk premier dan superior
  • Koc buffet
  • Koc chillax untuk aktiviti solat, moreh atau santai bersama penumpang lain
  • Cenderahati khas

Tarikh pembelian dan harga tiket Tren Khas;

Untuk makluman, tarikh pembelian perkhidmatan tren khas sudah mual dijual mulai 15 April 2022.

Harga yang ditawarkan pula bermula daripada RM 55.00 hingga RM 83.00 bagi perjalanan sehala.

Selain itu, KTMB turut menawarkan dia perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan 4,368 tiket ekoran permintaan yang tinggi sempena musim perayaan ini.

Pertambahan ini melibatkan perjalanan KL Sentral – Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.

Tarikh-tarikh ini ditetapkan berikutan status jualan tiket yang habis dijual pada tempoh tersebut.

Jualan tiket untuk tren tambahan akan bermula pada 15 April 2022.

Pengguna disarankan untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman rasmi KTMB.

Untuk keterangan lanjut, mengenai Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia dan tren tambahan, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media sosial rasmi KTMB.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

4 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

5 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

6 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

7 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

12 hours ago