Ahmad Idham tidak mahu sekadar janji politik

PENGARAH dan pelakon, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri yang merupakan calon P132 Parlimen Port Dickson dari Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebaliknya akan terus mendapatkan data-data secara organik di peringkat bawahan agar dapat menyelami setiap permasalahan yang ada.

“Saya tak mahu bercerita soal manifesto pada waktu sekarang. Itu selepas kita dapat mengenal pasti masalah berlaku.

Iklan
Iklan

“Jadinya pada minggu pertama berkempen, kita akan menyantuni masyarakat dan mengenal pasti masalah yang berlaku di Port Dickson.

“Pada minggu kedua kita akan beritahu bagaimana kita akan cuba selesai masalah mereka,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahmad Idham berkata, dia tidak mahu sekadar berjanji politik tetapi hakikatnya bukan seperti mana realiti yang berlaku di bawah.

Bagaimanapun beliau mengakui sebagai parti baharu, mereka tidak mempunyai peruntukan yang besar seperti lain.

“Tapi apa yang kami ada, kami ada hati yang besar untuk membantu masyarakat di Port Dickson.

“Sebab itu sekarang saya bukan sekadar jatuh cinta dengan Port Dickson, tetapi sebenarnya hati saya sudah terpahat di sini,”ujarnya.

Ahmad Idham turut ditemani ibu (berdiri tengah) dan isteri tercinta.

Sebelum itu beliau hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini dengan berbaju Melayu berwarna putih kelihatan teruja sambil ditemani oleh isteri serta empat anak termasuk kedua ibu bapanya.

Menurut Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan itu, beliau sememangnya serius untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Port Dickson.

“Saya nak menjadi ahli keluarga Port Dickson kerana falsafah saya kita perlu jadi sebuah keluarga, baharu kita tahu masalah antara kita.

“Oleh sebab itu setiap langkah saya masuk ke pusat penamaan calon tadi, saya rasa teruja kerana ini pengalaman pertama saya bertanding dalam pilihan raya,” jelasnya.

Menurut Ahmad Idham, beliau juga sudah dua minggu tinggal di Port Dickson kerana mahu memberi komitmen dan mengenali pengundi.

“Saya sanggup mengenepikan semua kerja dalam industri seni sejak beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini saya bergerak di sini sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana saya menyantuni anak istimewa, tetapi sekarang saya bergerak sebagai bakal ahli Parlimen,” katanya.

Pada PRU15, Parlimen Port Dickson menyaksikan pertembungan lima penjuru yang membabitkan Ahmad Idham, calon (BN), Datuk P Kamalanthan, Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan), Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) dan Abdul Rani Kulup Abdullah (Bebas).

oleh SYAMILAH ZULKIFLI

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

5 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

5 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

8 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

11 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

12 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

13 hours ago