Air: Courting A Legend, kongsi kisah Michael Jordan bersama jenama Nike

NAMA dan pengaruh Michael Jordan dalam sukan bola keranjang sememangnya tidak boleh dinafikan, malah diakui seluruh peminat sukan itu di seluruh dunia.

Bukan sahaja pencapaian dan perkembangannya yang diikuti, tetapi jenama yang menjadi pilihan atlet itu juga memberi pengaruh yang tersendiri kepada orang ramai.

Isu tersebut antara perkara diketengahkan dalam filem Air: Courting A Legend, arahan Ben Affleck yang menceritakan tentang sejarah bagaimana kerjasama jenama Nike dan Michael Jordan bermula.

Mengambil latar tahun 1980-an, filem itu mengisahkan tentang usaha dan cabaran Sonny Vaccaro lakonan Matt Damon, seorang eksekutif pemasaran syarikat jenama Nike yang sedang mencari wajah baharu dalam kalangan atlet sukan bola keranjang untuk mewakili jenama kasut mereka.

Iklan
Iklan

Sonny melihat potensi tersebut ada pada Michael Jordan dan cuba memujuk atlet itu menyertai mereka. Namun ia tidak mudah kerana mereka perlu berdepan saingan daripada Adidas dan Converse, selain Jordan sendiri secara peribadi tidak berminat dengan Nike.

Antara babak menarik dalam Air Courting A Legend.

Dari situlah bermulanya pelbagai usaha Sonny untuk mendapatkan Jordan sehingga sanggup mempertaruhkan kerjayanya sendiri dengan proposal tidak masuk akal demi memastikan atlet tersebut menandatangani kontrak bersama jenama syarikatnya.

Motivasi

Air: Courting A Legend merupakan sebuah naskhah biopik yang cukup menarik dan mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan kepada penonton. Perkara-perkara yang dianggap sukar dan mustahil mampu menjadi kenyataan jika kena cara serta usaha yang dilakukan.

Itulah dipaparkan dalam karakter Sonny yang berani, tidak berputus asa dan sentiasa bersungguh dalam apa sahaja yang dilakukannya. Ia jelas dapat dilihat menerusi babak dia ke rumah Jordan, bertemu ibunya, Deloris Jordan yang akhirnya membuahkan hasil positif.

Filem ini juga memaparkan betapa pengaruhnya karakter Deloris Jordan sebagai wanita yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan penting untuk anak dan keluarganya.

Tiga sosok penting di sebalik penghasilan kasut Air Jordan.

Tidak membiarkan penonton terlalu serius menumpukan kepada penceritaan, elemen komedi yang ditampilkan turut memainkan peranannya dengan baik terutamanya melibatkan watak Sonny dan pengurus Jordan, David Falk yang dilihat serasi dan menghiburkan.

Gandingan barisan pelakon yang mantap dan berperanan baik dalam setiap karakter yang dijayakan merupakan antara kelebihan utama filem ini. Pemilihan yang bijak dalam memberi impak kepada penceritaan.

Cuma mungkin sedikit mengecewakan apabila sosok Jordan tidak kelihatan sepanjang filem yang bercerita tentang dirinya. Kelibat bintang legenda itu hanya ditampilkan sekilas dalam beberapa babak, seperti sengaja tidak dipertontonkan.

Apa-apa pun, secara keseluruhannya, Air: Courting A Legend

adalah sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton.

Air: Courting A Legend
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Genre: Biografi/drama
Durasi: 1 jam 52 minit
Pengarah: Ben Affleck
Pelakon: Matt Damon, Ben Affleck, Jason Bateman, Chris Messina, Chris Tucker, Viola Davis
Edaran: Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan: 6 April 2023

(FOTO: WARNER BROS. PICTURES)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

5 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

7 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

7 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

9 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

14 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

14 hours ago