Alami serangan jantung, Jay Jay stabil selepas pembedahan pintasan

jay jay stabil
jay jay stabil
A
A
A

PENYANYI era 80-an Jay Jay baru-baru ini mengalami serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita berkenaan tidak hanya ahli keluarga, malah mengejutkan para peminat dunia seni tanah air itu .

Bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree itu kini dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Baca juga: Lemah jantung vs serangan jantung. Situasi kegagalan jantung yang sering menjadi kekeliruan umum

Baca juga: Sakit dada sering dikaitkan dengan serangan jantung, tapi ini 10 sebab lain masalah itu mungkin terjadi

Pembedahan selama enam jam itu berjaya dilaksanakan oleh Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik, Prof Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib.

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) yang diwakili oleh pengerusinya, Datuk DJ Dave sempat meluangkan masa menziarahi Jay Jay selepas hanya berhubung dengan penyanyi itu menerusi telefon pada Rabu.

"Alhamdulillah hari ini saya dapat melawat beliau. Meskipun dalam keadaan sakit, tapi beliau tetap mengukir senyuman. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau segera sembuh," katanya.

Menurut Jay Jay, beliau tidak perlu gusar kerana pihak IJN, doktor dan jururawat menjaga dan memantaunya dengan baik.

Baca juga: Alami serangan jantung, Lisa Marie Presley meninggal dunia

Baca juga: Doktor ini senaraikan pandangan salah orang muda terhadap serangan jantung. Ambil perhatian dan perbetulkan!

DJ Dave dalam sesi lawatannya turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Jay Jay bagi pihak YKAT.

Jay Jay mula menyanyi bersama kumpulan Carefree pada tahun 1979 dan muncul solo sejak 1984.

Memiliki vokal yang gemersik, penyanyi berusia 66 tahun itu pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular 1988, Vokal Terbaik Lelaki 1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca