Alif bebas Covid-19: "Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti"
"ALHAMDULILLAH! Selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka dan berkat doa
semua untuk saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang."
Begitulah perkongsian penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya turut berterima kasih dan penghargaan buat semua pihak yang cukup prihatin atas segala yang berlaku dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan selepas saya disahkan positif Covid-19."Saya sangat bersyukur dan tidak putus-putus saya lafazkan buat Maha Kuasa apabila semua yang terlibat di set penggambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi TV yang semunya keputusan negatif.
"Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat daripada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Baca juga Doktor baru saja ajar mengucap dan baca bismillah… – Fakhrul UNIC
Menurut Alif, keluarganya turut terkesan.
"Keluarga saya turut terkesan, menerima sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga Alif turut membantu tidak kira daripada sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui."Di sini, sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata Kita Jaga Kita dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini.
"Namun Kita Jaga Kita juga melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid-19.
"Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini.
"Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti. Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitikberatkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia," pesannya.
Terdahulu, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada 22 November dan menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.
Walau bagaimanapun isterinya, Sha Dila Hadid 35, dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, bebas daripada virus itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang