PELAKON dan penyanyi, Marsha Milan Londoh menyampaikan khabar duka mengenai pemergian bapa mertuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman atau dikenali dengan panggilan Ali pada awal pagi Sabtu.

“Dukacita ingin memaklumkan bahawa, bapa mentua tersayang, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22/5/2021 bersamaan 10 Syawal 1442H.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman,” katanya dalam satu posting ringkas.

Gambar kenangan Marsha bersama suami dan ibu bapa mertuanya ketika menunaikan umrah pada tahun 2019.

Marsha mendirikan rumah tangga anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad yang merupakan kenalan rapat keluarga mertua Marsha memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat Covid-19.

Iklan

“Dukacita dimaklumkan bahawa dengan kehendak Allah, Baba (Datuk Sri Ali) baru saja menghembuskan nafas beliau dan telah kembali ke Rahmatullah.

Perkongsian yang dibuat Sharnaaz menerusi akaun Instagram miliknya.

“Seorang yang seumpama bapa pada aku telah pergi mengadap Illahi disebabkan covid.

Iklan

“Semoga Aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan redha dgn ujian yg sangat berat ini. Insya ALLAH syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun,” tulisnya.