Bella Ciao versi Yuna, Orkestra Filharmonik Malaysia curi perhatian ramai

YUNA BELLA CIAO
YUNA BELLA CIAO
A
A
A

SIRI popular Netflix, Money Heist atau turut dikenali sebagai La Casa de Papel bakal melabuhkan tirainya menerusi musim kelimanya pada 3 September ini.

Musim terakhir pastinya menjadi tumpuan ramai terutamanya pada peminat setia siri yang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia termasuk Malaysia itu.

Menariknya, penyanyi popular Malaysia yang kini sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna turut meraikan musim akhir Money Heist dengan menampilkan persembahan istimewa lagu Bella Ciao yang cukup sinonim dengan siri tersebut.

Bella Ciao yang bermaksud ‘Selamat Tinggal Yang Indah’ itu tampil cukup berbeza dalam versi Yuna. Ia bukan persembahan biasa-biasa, sebaliknya memukau dengan aura tersendiri diberikan penyanyi itu.

Lebih hebat, persembahan tersebut turut diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia yang tentunya memberikan sentuhan berbeza buat lagu ikonik rakyat Itali itu. Ternyata ia menjadi satu kolaboratif yang sangat epik.

Video penuh Bella Ciao versi Yuna itu boleh ditonton di saluran YouTube dan semua platform media sosial Netflix termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

Rata-rata peminat memberikan respon positif terhadap persembahan versi Yuna itu dan mengakui tidak sabar menonton musim terakhir siri tersebut yang akan disiarkan beberapa hari lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca