Berada di tahap 5 Covid-19, bapa PU Abu Sufyan ditidurkan
SABAN hari, kes Covid-19 semakin bertambah dan membimbangkan. Hari ini sahaja, 6,976 kes baharu dilaporkan dengan 49 kes kematian.
Bahkan kita mula melihat ramai ahli keluarga atau saudara-mara atau jiran tetangga dijangkiti virus yang boleh membawa maut ini.
Begitu juga yang dilalui oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan apabila bapanya, Mohd Mokhtar Rozaidi berada dalam keadaan kritikal selepas dijangkiti Covid-19.
Menurut PU Abu, 27, bapanya kini perlu ditidurkan setelah doktor memaklumkan bapanya kini berada dalam kategori jangkitan Covid tahap lima.
“Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh daripada penyakit Covid ni. Kini keadaan ayah kritikal dan ayah diberikan ubat tidur sebab jangkitan dah sampai stage 5.
“Doakan ye. Moga ada berkat doa korang boleh sembuhkan ayah.
“Ayah Cian (panggilan Abu) sayang ayah. Maafkan salah silap Cian, ayah,” tulisnya menerusi Instagram.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang