Syukur berjaya uji bakat AGT 2023 pukau 4 juri, Cakra Khan ingin buka rumah perlindungan haiwan kalau menang AS$1 juta

PENYANYI bersuara emas, Cakra Khan tidak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi pujaan peminat di Indonesia dan Malaysia, pemilik nama Cakra Konta Paryaman kini berada di pentas antarabangsa.

Berusia 31 tahun, Cakra itu membuktikan dirinya bukan sahaja menawan peminat dari Asia, malah di Hollywood apabila memukau para juri America’s Got Talent (AGT) 2023 dan meraih standing ovation serta pujian.

Menyampaikan lagu Make It Rain milik Ed Sheeran, Cakra pada awalnya sering diganggu salah seorang juri iaitu Simon Cowell.

“Saya sangat suka suara anda, tapi saya tidak suka lagunya. Anda ada lagu lain?” tanya Cowell.

Iklan
Iklan

Baca juga: ‘Titik terendah dalam hidup saya.’ Kematian ayah jadi momen paling sukar buat Cakra Khan

Personaliti televisyen itu kemudian memberikan peluang kedua kepada Cakra dan penyanyi itu menukarkan lagu kepada No Women No Cry nyanyian legenda raggae Bob Marley.

Persembahan itu akhirnya memukau semua penonton hingga para juri iaitu Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara, dan Howie Mandel pun memberi standing ovation.

Tidak hanya itu, penyanyi berketurunan Sunda itu berhasil menerima empat ‘yes’ daripada juri sekali gus ‘meloloskan’ diri ke peringkat seterusnya.

Malah apabila ditanya apakah yang akan dilakukan sekiranya memenangi AS$1 juta, penyanyi itu berkata beliau ingin membina pusat perlindungan untuk haiwan.

Baca juga: Gadis buta pukau penonton America’s Got Talent dengan suara merdu, raih anugerah Golden Buzzer, 10 fakta menarik Putri Ariani

SYUKUR

“Bismillah. Assalamualaikum semuanya. Hai semua, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih dan bersyukur meraih sokongan anda dalam perjalanan di @agt @agtauditions.

“Semoga ALLAH SWT membalas kebaikan teman-teman semuanya. This song means a lot to me, the legendary Bob Marley ,” titip Cakra.

Menjawab persoalan warganet mengenai penyertaannya di AGT 2023, Cakra berkata ia adalah bagi memantapkan diri.

“Kerana saya ingin menjadi lebih baik dan banyak belajar,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi yang mempunyai kelainan upaya penglihatan Indonesia, Putri Ariani meraih perhatian di pentas AGT 2023 dan meraih golden buzzer daripada Cowell.

TIDAK ASING DI MALAYSIA

Populariti Cakra cukup meluas di Malaysia. Baru-baru ini beliau mengubati rindu peminat di Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Malah penyanyi itu pernah merakamkan lagu duet Seluruh Cinta bersama penghibur nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2014.

Lagu berkenaan mencetus fenomena buat peminat bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia.

Sumber: Kompas 1 2, Instagram Cakra Khan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Azma ML

Recent Posts

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

6 mins ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

3 hours ago

Manisnya! Buat ‘soft cookies’ guna resipi Mak Ina, boleh kawal sendiri gula. Makan celup susu memang ngam

RAKYAT Malaysia ni kalau bab makan mesti pantang, pantang tak cuba! Mesti nak rasa je…

4 hours ago

Tak kisah suami hadiahkan kereta second hand & mengaku tiada lesen, Atikah Suhaime dipuji simple & humble!

KETERUJAAN pelakon Datin Atikah Suhaime jelas terpancar di wajahnya apabila sang suami, Datuk Lokman Teh…

6 hours ago

‘Tahniah sayang.’ Rahim Sepahtu rai hari konvokesyen isteri, Kolin Abdullah tamat pengajian

PELAWAK dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meraikan hari bahagia isterinya, Norazlin yang berjaya menamatkan pengajian.…

6 hours ago

‘Kalau tidur, muka menghadap kaki orang sabarlah.’ Pemuda ini kongsikan tip menarik persediaan awal ke Tanah Suci

TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk…

7 hours ago