Che Ta mahu bantu 1 juta wanita Malaysia

A
A
A

SEJAK empat bulan berada di pasaran, inai 'instant' atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.

Malah hingga kini lebih 1000 pengedar berdaftar berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.

Enggan berpeluk tubuh dan terus selesa dengan apa yang ada, jenama itu terus optimis mahu membantu 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.

ROZITA CHE WANChe Ta optimis untuk membantu 1 juta rakyat Malaysia menjana pendapatan.

Jelas Rozita atau Che Ta yang turut bertindak sebagai pengasas bersama dan duta 'kecil' jenama inai berkenaan, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.

"Macam kami sering tekankan rezeki itu ada di mana-mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai kala ini, tapi tak kisah sekalipun sengit persaingan... kita terus berusaha.

"Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.

"Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan sengit dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami nak menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah," ujar Che Ta ketika ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada 15 September lalu.

ROZITA CHE WAN

Acara itu juga  bagi meraikan semua yang menyokong perjalanan Inai Che Ta termasuk keluarga, rakan taulan, media dan juga Skuad Inai Che Ta.

Che Ta yang juga isteri kepada Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari hingga menjadi ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa kaum Hawa.

"Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.

"Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.

"Apa yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, Insya-ALLAH membahagiakan. Nak hidup, kena ketepi rasa malas dan segala macam perasaan negatif," kata Che Ta.

Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.

"Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan. Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.

"Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini.

“Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.

"Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib.Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat," jelasnya.

ROZITA CHE WANSelepas inai, Mazaville hadir dengan lipstik Mawar Hitam atau Black Rose Che Ta berharga RM19.90.

Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta berharga RM19.90.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca