“Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar,” – Eyra Hazali

PELAKON Eyra Hazali berkongsi perkembangan terkini dirinya yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan gara-gara bayi dalam kandungannya tidak bergerak.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dia mula risau apabila bayinya tidak memberikan respons, selain dirinya yang mengalami sakit di bahagian tertentu.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, saya dah dibenarkan keluar dari hospital. Pergi ke hospital sebab baby tak respons langsung, malah saya dah cucuk-cucuk perut dan bahagian ari-ari saya sakit sangat,” ujarnya menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi Instagram Story miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli itu meluahkan rasa syukur apabila bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan yang baik.

“Alhamdulillah baby okey, cuma baby sekarang besar dua minggu dan saya ada kontraksi sikit tadi. Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur 2

itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dan peminat yang mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

“Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama dan baby,” katanya yang dijangka bersalin pada Mei depan.

Eyra dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Novemver 2019 an dikurniakan seoarang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.

 

(FOTO: Instagram Eyra Hazali)

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

8 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

9 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

11 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

15 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

16 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

16 hours ago