PENYANYI dan pelakon Wani Kayrie meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan.

Menurut Wani yang bakal menginjak ke usia 22 tahun pada 17 Mac depan itu,  kereta baharu jenis Mercedes-Benz CLA180 itu diperolehi dengan hasil titik peluhnya sepanjang bergelar anak seni.

“Self reward for 2022. Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian.

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit.

“Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life,” kongsinya menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Wani yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan juga menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan saya, terselit doa-doa daripada anda semua.

”Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Thank you mama for the surprise. Thank you @ju.cars memudahkan urusan saya. Much love xo,” tulisnya.

Iklan

Meninjau ruangan komen, ramai rakan dan peminat mengucapkan tahniah, selain terinspirasi dengan usaha dan kerja keras Wani sehingga mampu beroleh apa yang diinginkan meski dalam usia yang masih muda.

Dalam perkembangan lain, Wani baru sahaja dengan single Jangan Terlepas pandang yang juga merupakan lagu runut bunyi drama terbitan Astro, Dukun Diva.

(FOTO: Instagram Wani Kayrie)

Iklan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)