Dina, Cik B mahu wanita 'plus size' terus yakin diri

A
A
A

DUA selebriti bersaiz comel, Dina Nadzir dan Cik B sentiasa mahu tampil berkeyakinan dan menjadi diri sendiri.

Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir percaya apa jua bentuk badan sekalipun bukan alasan untuk seseorang itu mengalah atau berasa rendah diri.

“Kini wanita bersaiz badan macam saya tidak macam dulu lagi. Kami kini sudah ada keyakinan diri. Kita hidup di zaman sekarang dan perkara itu bukan lagi satu masalah besar.

“Kalau ada orang ejek fasal saiz badan kita, pasti ada yang akan back-up dan hentam mereka yang mengejek itu.

“Jadi diri sendiri kerana setiap dari kita ada kecantikan tersendiri. Tak kira apa jua badan saiz, kita ada kelebihan dan kekurangan. Saya hingga saat ini selesa apa adanya dengan diri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dina mengakui ada mengamalkan diet untuk meletakkan garis keselesaan diri.

“Kalau ada antara kita yang nak berdiet atau mahu kurus, jangan bimbang kerana tiada tekanan di situ. Kita hidup hanya sekali. Apa yang penting diri ini kita hargai,” katanya.

Dina dan Cik B bersama pengasas Mis Claire, Nico Tan Bee Ai pada pertunjukan koleksi raya Mis Claire di Bayswater, KLCC baru-baru ini.

Senada dengan Dina, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18, turut menitipkan pesan kepada golongan yang memiliki bentuk badan seperti mereka agar terus yakin diri.

“Jadilah diri sendiri. Kita comel, kena bangga dan yakin. Keyakinan diri itulah kecantikan dan ‘alat solek’ utama.

”Kalau tak yakin, jadilah bagaimanapun takkan nampak kecantikan dan keyakinan itu,” katanya yang baru sahaja tampil dengan single baharu, Doakan.

Koleksi raya Mis Claire

Dina dan Cik B ditemui pada majlis pertunjukan koleksi jenama Mis Claire yang mengangkat tema Ikatan Raya di Bayswater, KLCC baru-baru ini.

Kedua-dua selebriti itu memuji usaha jenama pengeluar pakaian wanita plus size tersebut dalam menyerlahkan keyakinan dan keberadaan golongan wanita bersaiz seperti mereka.

Menurut Dina, di saat pasaran pakaian lebih menyerlahkan kelompok wanita ‘cantik’ tubuh badan, jenama itu memberi kepuasan tersendiri kepada mereka yang sebaliknya.

“Saya antara penggemar setia jenama ini dan sudah lima tahun bersama mereka. Ia bersifat adventures, nampak mahal dan bertepatan dengan keinginan saya berfesyen.

“Ia juga diri saya untuk melawan arus, berekperimentasi dari segi warna dan bentuk. Selalunya orang saiz badan macam saya ini terhad dengan pilihan atau bentuk tertentu semata-mata, tapi tidak dengan jenama ini,” katanya.

Antara koleksi raya Mis Claire.

Mis Claire menampilkan sembilan koleksi raya yang terdiri daripada Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya.

Menurut pengasas jenama itu, Niko Tan Bee Ai, secara keseluruhannya daripada sembilan koleksi dipersembahkan merangkumi lebih daripada 30 pilihan baju raya.

“Rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri dari potongan klasik dan juga moden, memenuhi pelbagai tema sambutan raya dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tema Glam ke Santai.

“Setiap pakaian diperuntukkan adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang ingin tampil cantik dan anggun pada sambutan raya. Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa setiap wanita plus size akan menemui gaya yang diidamkan untuk sambutan raya,” kataanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca