DJ Lin menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

PENYAMPAI radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau popular dengan gelaran DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori Influential Radio Announcer di majlis Women of Excellence Awards (WOEA2021/22) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Khamis.

DJ Lin yang cukup dikenali menerusi segmen kegemaran ramai, Suria Cinta dan juga merupakan Pengurus Besar Suria FM, mengakui teruja serta bersyukur dengan anugerah yang diterima.

Iklan
Iklan

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya, tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah saya di sini. Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat saya untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM,” ujarnya.

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Antaranya ialah Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (tiga kali), Penyampai Radio Paling Popular (Anugerah Bintang Popular – empat kali), Anugerah Kesatria Puteri Industri Radio (Himpunan Wanita Muda Negara) 2012 dan Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.

Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buat DJ Lin sepanjang membina kerjata dalam bidang penyiaran radio.

DJ Lin bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan, selain sokongan peminat yang berterusan. – FOTO SURIA FM

Majlis WOEA2021/22 dianjurkan oleh majalah The CEO Malaysia yang bertujuan untuk merai dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan, sekali gus telah banyak membantu merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Jangan ketinggalan untuk terus mendengar Suria Cinta, setiap hari Ahad hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 1 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia.

(FOTO: Suria FM)

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

9 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago