DJ Lin menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

A
A
A

PENYAMPAI radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau popular dengan gelaran DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori Influential Radio Announcer di majlis Women of Excellence Awards (WOEA2021/22) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Khamis.

DJ Lin yang cukup dikenali menerusi segmen kegemaran ramai, Suria Cinta dan juga merupakan Pengurus Besar Suria FM, mengakui teruja serta bersyukur dengan anugerah yang diterima.

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya, tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah saya di sini. Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat saya untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM,” ujarnya.

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Antaranya ialah Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (tiga kali), Penyampai Radio Paling Popular (Anugerah Bintang Popular - empat kali), Anugerah Kesatria Puteri Industri Radio (Himpunan Wanita Muda Negara) 2012 dan Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.

Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buat DJ Lin sepanjang membina kerjata dalam bidang penyiaran radio.

DJ Lin bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan, selain sokongan peminat yang berterusan. - FOTO SURIA FM

Majlis WOEA2021/22 dianjurkan oleh majalah The CEO Malaysia yang bertujuan untuk merai dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan, sekali gus telah banyak membantu merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Jangan ketinggalan untuk terus mendengar Suria Cinta, setiap hari Ahad hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 1 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia.

(FOTO: Suria FM)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca