PELAKON dan pengacara, Nadzmi Adhwa meminta semua pihak mendoakan isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana yang menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action berlepas ke Tawau pagi tadi bersama dua lagi aktivis kemanusiaan.

“Assalamualaikum semua, nak minta kalian doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang. Semoga ALLAH SWT sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah

“Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu,” tulisnya di Instagram bersama video pendek Ardell memeluk anak sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa, lima bulan.

Sementara itu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, menerusi Instagram miliknya, berharap dapat menahan kerinduan berpisah dengan anaknya buat sementara waktu.

Bagaimanapun, dia terpaksa mengorbankan kerinduan itu demi menyalurkan bantuan makanan dan keperluan pada rakyat yang terjejas di Sabah.

“Kuatkan hatiku untuk berjauhan seketika dengan anak dan keluargaku buat seketika waktu

“Tiada seorang wanita atau ibu yang sanggup berjauhan dari suami, anak dan keluarganys. Percayalah akan rasa teramat rindu. Itu pasti, begitulah rasa sebagai seorang ibu yang berjauhan dari anak kecilnya

“Tetapi dengan rindu sahaja tidak mampu mengenyangkan perut warga emas yang kelaparan akibat kesukaran ketika bumi di uji dengan Covid-19, keluarga yang tiada sumber makanan kelaparan dan anak-anak kecil yang masih menyusu menangis kerana ketiadaan susu.

Iklan

“Sedang anakku kekenyangan tersenyum serta tidur lena, sedang keluargaku kekenyangan,” tulisnya.

Tambah Ardell, dia akan ke kawasan pendalaman Semporna dan Tawau bagi menyalurkan dan menyampaikan sumber makanan serta susu.

“Berat kaki untuk melangkah kali ini  tetapi sesungguhnya apa yang ku lakukan hanya ALLAH mengetahui niatnya untuk apa,” ujarnya.

Iklan

Misi 5 hari ini akan melibatkan 2500 golongan asnaf yang akan dibantu. 5 pulau akan dijejak untuk menghantar barang keperluan asas.

Rata-rata rakan artis dan pengikut Instagram pasangan ini berharap usaha murni Ardell bersama kumpulannya dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

Bismillah, sesungguh nya Hanya padamu kami meminta . Pelihara & lindungi lah kami & ahli keluarga kami . Kuat kan hati ku untuk berjauhan seketika dengan Anak & keluargaku Buat seketika waktu . Tiada seorang wanita/ ibu yang sanggup berjauhan dari suami, anak dan keluarga nya , percaya lah akan rasa teramat RINDU itu pasti, begitu lah rasa sebagai seorang ibu yang berjauhan dari anak kecilnya . Tapi dengan rindu sahaja tidak mampu mengenyangkan perut warga emas yang kelaparan akibat kesukaran ketika bumi di uji dengan covid19, keluarga yang tiada sumber makanan kelaparan & anak2 kecil yang masih menyusu menangis kerana ketiadaan susu , sedang anak ku kekenyangan tersenyum serta tidur lena .. sedang keluarga ku kekenyangan . • Berat kaki untuk melangkah kali ini .. iya berat … tapi, sesungguhnya apa ku laku kan hanya Allah ketahui niat nya untuk apa . Demi umat atas kemanusiaan .. maka kau kuat kan semangat ku ( sesungguh nya engkau menggengam rasa hamba mu ini ) .. kuat kan langkah ku .. serta kau pelihara rasa rindu ku ini nanti buat keluarga ku . Lindungi kami di saat kami berjauhan • Doakan perjalanan saya & team saya ke sabah awal pagi esok , team saya & saya akan ke kawasan dalaman menyalurkan serta menyampaikan sumber makanan serta susu pada orang Sabah ( Samporna & Tawau ) .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on