‘Doakan yang terbaik buat kami’ – Elizad selesai jalani ‘embryo transfer’
PELAKON dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, berkongsi telah selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dalam usaha untuk hamil.
‘Embryo transfer’ atau pemindahan embrio merupakan satu proses dalam sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) di mana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
Menurut selebriti berusia 36 tahun itu, dia berharap proses tersebut berjaya dan menyerahkan segalanya kepada rezeki ALLAH SWT.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini (semalam). Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.
Pelakon Jalan Sesat Ke Syurga itu, sebelum ini mengumumkan akan berehat seketika mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.
Elizad yang mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman sejak 2015, namun belum dikurniakan cahaya mata.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang