Dua tersingkir, tujuh peserta Awesome Raja Lawak rebut tempat ke final

PEJAM celik, pejam celik, kini program realiti Awesome Raja Lawak bakal menghampiri garisan penamat kurang dua minggu sahaja lagi.

Selepas penyingkiran kumpulan Semmat dan Hanif pada minggu suku akhir Rabu lalu, kini tujuh yang lain iaitu kumpulan Soda, Se’eh, Pelan, Sedara, Mabo, Manja termasuk peserta solo; Azhar merebut tempat ke final dan sekali gus memburu gelaran juara musim pertama serta membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM50,000.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, minggu kelapan Awesome Raja Lawak yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan sembilan peserta kembali mendominasi pentas utama dengan tema ‘Spoof / Parodi’.

Iklan
Iklan
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli.

“Masing-masing menunjukkan taring selepas memberi ruang kepada ‘abang-abang senior’ mereka merancakkan gelanggang dalam episod istimewa edisi Alumni yang dibawakan khas pada minggu lalu.

“Kemenangan kumpulan duo, Soda ternyata selayaknya kerana mereka berjaya menggandingkan parodi watak popular anak ahli sihir rekaan novelis tersohor dunia, JK Rowling, Harry Potter

dengan program game-show terbitan antarabangsa, ‘Who wants to be a millionaire?’ dengan cukup kemas sekali.

“Sofwan dan Dani berjaya memenangi hati juri tetap, Khir Rahman, Ayda Jebat dan Saiful Apek dari satu ‘punchline’ ke ‘punchline’ yang lain, seterusnya merekodkan sejumlah 83% markah keseluruhan dan mendapat 3 ‘UP’,” ujarnya.

Dalam pada itu, kemenangan berganda juga buat kumpulan Soda apabila diumumkan sebagai pemenang ‘Man of the Match’ untuk minggu ini sekaligus memenangi hadiah imuniti.

Kemenangan berganda buat SODA apabila diumumkan sebagai juara minggu ke-8 dan memenangi hadiah ‘Man of the Match’.

Lebih menarik, Soda menunjukkan semangat setia kawan apabila memilih untuk memberikan imuniti mereka kepada kumpulan Se’eh yang dianggotai Otton & Muslim.

Kumpulan Semmat (kiri) dan Hanif.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan Semmat dan Hanif apabila diumumkan tersingkir.

“Saya percaya, kedua-dua peserta, Hanif dan kumpulan Semmat telah memberikan persembahan terbaik mereka.

“Perjalanan mereka di pentas Awesome Raja Lawak mungkin berakhir di sini sahaja namun saya yakin, dengan semangat yang kental, berbekalkan pengalaman dan tunjuk ajar dari barisan tenaga pengajar serta produksi program realiti komedi ini, mereka boleh pergi jauh dalam industri seni tanah air, khususnya di arena komedi,” katanya.

Awesome Raja Lawak bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Awesome TV, saluran Astro (123) dan MyTV (112) dan siaran ulangan pada setiap hari Ahad, 6 petang.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

7 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago