Dua tersingkir, tujuh peserta Awesome Raja Lawak rebut tempat ke final

A
A
A

PEJAM celik, pejam celik, kini program realiti Awesome Raja Lawak bakal menghampiri garisan penamat kurang dua minggu sahaja lagi.

Selepas penyingkiran kumpulan Semmat dan Hanif pada minggu suku akhir Rabu lalu, kini tujuh yang lain iaitu kumpulan Soda, Se’eh, Pelan, Sedara, Mabo, Manja termasuk peserta solo; Azhar merebut tempat ke final dan sekali gus memburu gelaran juara musim pertama serta membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM50,000.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, minggu kelapan Awesome Raja Lawak yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan sembilan peserta kembali mendominasi pentas utama dengan tema ‘Spoof / Parodi’.

AWESOME RAJA LAWAKPengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli.

“Masing-masing menunjukkan taring selepas memberi ruang kepada ‘abang-abang senior’ mereka merancakkan gelanggang dalam episod istimewa edisi Alumni yang dibawakan khas pada minggu lalu.

“Kemenangan kumpulan duo, Soda ternyata selayaknya kerana mereka berjaya menggandingkan parodi watak popular anak ahli sihir rekaan novelis tersohor dunia, JK Rowling, Harry Potter dengan program game-show terbitan antarabangsa, ‘Who wants to be a millionaire?’ dengan cukup kemas sekali.

“Sofwan dan Dani berjaya memenangi hati juri tetap, Khir Rahman, Ayda Jebat dan Saiful Apek dari satu ‘punchline’ ke ‘punchline’ yang lain, seterusnya merekodkan sejumlah 83% markah keseluruhan dan mendapat 3 ‘UP’,” ujarnya.

Dalam pada itu, kemenangan berganda juga buat kumpulan Soda apabila diumumkan sebagai pemenang ‘Man of the Match’ untuk minggu ini sekaligus memenangi hadiah imuniti.

AWESOME RAJA LAWAKKemenangan berganda buat SODA apabila diumumkan sebagai juara minggu ke-8 dan memenangi hadiah ‘Man of the Match’.

Lebih menarik, Soda menunjukkan semangat setia kawan apabila memilih untuk memberikan imuniti mereka kepada kumpulan Se’eh yang dianggotai Otton & Muslim.

AWESOME RAJA LAWAKKumpulan Semmat (kiri) dan Hanif.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan Semmat dan Hanif apabila diumumkan tersingkir.

“Saya percaya, kedua-dua peserta, Hanif dan kumpulan Semmat telah memberikan persembahan terbaik mereka.

“Perjalanan mereka di pentas Awesome Raja Lawak mungkin berakhir di sini sahaja namun saya yakin, dengan semangat yang kental, berbekalkan pengalaman dan tunjuk ajar dari barisan tenaga pengajar serta produksi program realiti komedi ini, mereka boleh pergi jauh dalam industri seni tanah air, khususnya di arena komedi,” katanya.

Awesome Raja Lawak bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Awesome TV, saluran Astro (123) dan MyTV (112) dan siaran ulangan pada setiap hari Ahad, 6 petang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca