Eina Azman, suami positif Covid-19 di hari ulang tahun perkahwinan
"MACAM nak gugur jantung apabila dapat keputusan... Ini kerana saya selalu buat ujian saringan Covid-19."
Begitu perkongsian pelakon cantik, Datin Paduka Eina Azman apabila dirinya serta suami dan dua orang pembantu rumah disahkan positif Covid-19.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagramnya semalam.
Menurutnya, sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan Covid-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Malah, minggu lalu saya dan suami buat ujian calitan sebelum pembedahan. Ketika itu, keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam tempoh seminggu, saya boleh terkena (jangkitan)."Sedih sangat apabila terpaksa tengok Aubrey dan Karl buat ujian calitan sampai menangis. Saya memang tidak sampai hati tengok," coretnya.
Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.
Lebih mengundang rasa sedih, Eina memberitahu, dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan, semalam.
"Ya ALLAH, memang hilang kata-kata. Namun, saya percaya ini semua ketentuan Allah. Kami terima dengan hati yang terbuka," katanyaMenurut Eina, ketika ini dia dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.
"Sekarang saya dah mula demam panas dan mula. Cuma keadaan suami saya kurang baik kerana demam terlalu panas dan paras oksiden dia turun naik.
Baca juga [VIDEO] Positif Covid-19, tolong doakan kami - Aishah
"Saya minta tolong semua doakan kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.
"Kepada sesiapa yang kontak rapat dengan kami, kalau rasa tidak sihat, tolong pergi lakukan ujian saringan ya. Jika sesiapa yang ada pengalaman dengan Covid-19, tolong kongsikan kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan," ujarnya.
Terdahulu, pada 17 Ogos lalu, Eina menjalani pembedahan biopsi pada leher buat kali keempat. Pembedahan biopsi adalah prosedur pengambilan sampel tisu atau sel untuk menentukan sesuatu penyakit.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang