Faye Kusairi selamat bersalin anak kedua

Untitled design (61)
Untitled design (61)
A
A
A

PELAKON Faye Kusairi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, yang juga bayi perempuan pada Ahad lalu.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, berkongsi berita tersebut menerusi akaun  media sosial miliknya hari ini, Selasa.

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.

“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Hari ini saya dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya yang juga pelumba kereta profesional.

Tambah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu, dia turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakannya, lebih-lebih lagi selepas disahkan mengalami Bell Palsy 10 hari lalu.

“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy yang saya hidapi selama beberapa hari ini.

“Maaf saya belum mampu untuk membalas semua komen dan akan kongsikan perkembangan kesihatan saya termasuk ketika berpantang nanti.

“Saya juga akan berkongsi gambar anak tidak lama lagi selepas bersedia. Buat masa ini, izinkan saya dan baby berehat,” ujarnya.

Faye pada awal Disember lalu dilaporkan telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.

Terdahulu, Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca