Haflah pesta tarannum al-Quran di TV AlHijrah  

Untitled design (47)
Untitled design (47)
A
A
A

BIDANG seni suara tarannum di Malaysia mungkin tidak begitu popular seperti di kebanyakan negara Timur Tengah.

Justeru demi mengangkat keunikan bidang ini, TV AlHijrah tampil dengan sebuah program baharu berjudul Haflah yang bakal menemui penonton bermula 5 Disember, setiap Sabtu jam 7.30 malam.

Haflah bermaksud pesta, perayaan atau ‘konsert’ yang meraikan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Program ini adalah satu inisiatif memartabatkan pembacaan al-Quran bertarannum.

Kebiasaannya, majlis Haflah diadakan di masjid atau surau, namun semenjak pandemik Covid-19 melanda, program seumpama ini sukar untuk diadakan.

Bagaimanapun ia tidak menghalang TV AlHijrah untuk membawakan kemeriahan suasana majlis haflah di kaca TV penonton dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran sebagai halwa telinga.

Melalui Haflah juga, penonton secara tidak langsung dipimpin oleh qari berpengalaman menerusi pendedahan cara bacaan yang betul, variasi tarannum yang pelbagai dan semestinya suasana meriah dalam menghidupkan alunan ayat suci al-Quran.

Melalui program ini, penonton bakal disajikan dengan seni tarannum seperti Bayati, Nahawand, Rast, Sikah, Hijaz dan Jiharkah oleh barisan qari kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Dr. Anuar Hasin, Ustaz Wan Ainuddin, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca