Harga tidak memuaskan Ekin dicaj sampai RM1,260, kedai makan diambil tindakan, ini kronologi
BARU-baru ini isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin memuat naik hantaran di media sosial dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj melampau sebuah kedai makan di Johor Bahru (JB).
Berikut adalah kronologi kes berkenaan yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
1-Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati JB, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza. Katanya, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ia merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.
2-Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan. katanya lagi, tulisan resit tidak difahami dan turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Baca juga: Siakap ‘kayangan’ RM1,196, peniaga mungkin didenda RM50,000, berikut 10 fakta mengenainya
3-Kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di Johor Bharu tampil membuat penjelasan pada petang Rabu.
4-Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, wanita berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin Rahmat dan hampir 20 ahli keluarga yang lain pada Sabtu, 30 September 2023.
5-Antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya adalah pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.
6-Wanita berkenaan juga pihaknya bersedia bertemu dengan pasangan selebriti itu sekiranya Mawi dan Ekin masih belum jelas dengan harga yang dikenakan.
7-Ekin ketika dihubungi portal berita tempatan menyatakan keraguan tentang resit dipaparkan dan bilangan ahli keluarga yang ada bersamanya ketika kejadian.
8-Ujarnya, resit berkenaan tidak sama dengan apa yang diberikan kepadanya. Menurut Ekin resit asal tiada butiran terperinci untuk setiap hidangan seperti yang disebut dalam video berkenaan.
9-Selain itu, pelakon itu berkata bilangan anggota keluarga yang makan pada hari berkenaan bukanlah 20 orang seperti dinyatakan sebaliknya 16 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi.
10-Dalam temu ramah berkenaan, Ekin memaklumkan beliau tiada keperluan untuk bersemuka dengan peniaga tersebut. Ujarnya, bayaran pun sudah dijelaskan dan makanan sudah masuk perut, jadi tidak perlu untuk perkara ini dipanjangkan.
Baca juga: 4 makanan viral harga kayangan, terbaru roti canai Langkawi RM4 sekeping
11-Dalam perkembangan terbaru, KPDN Johor mengeluarkan notis kepada kedai makanan laut tersebut.
12-Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.
13--Premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.
14-Menurutnya, penguat kuasa sudah memantau harga operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Kes berkenaan masih dalam siasatan.
Baca juga: Harga makanan ‘cekik darah,’ restoran Salt Bae jual Coke RM51 setin
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang