Helikopter terhempas dekat rumah... Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh

Helikopter terhempas dekat rumah... Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh
Helikopter terhempas dekat rumah... Sharifah Shahira terkejut ingat tanah runtuh
A
A
A

PAGI ini, satu kejadian sebuah helikopter terhempas telah berlaku di Taman Melawati.

Turut berdepan detik menakutkan itu, penyampai radio, Sharifah Shahira menceritakan ada mendengar dentuman kuat dari rumahnya.

Katanya, semasa kejadian dia berada di dalam bilik dan terus bergegas keluar mencari punca bunyi tersebut.

Sejurus kemudian, dia mendapat maklumat bunyi kuat tadi itu akibat kejadian helikopter terhempas berhampiran rumahnya.

"Saya dalam bilik sedang bersiap. Apabila terdengar bunyi kuat itu, terkejutlah juga sebab rumah kami kawasan berbukit, takut pula tanah runtuh ke apa.

"Saya sangat risau apabila sekarang musim hujan, bila bunyi macam tu, memang risau... rupanya helikopter terhempas.

"Sekarang ini jalan depan rumah tengah sesak teruk... mungkin orang ramai nak pergi tempat kejadian," katanya kepada sebuah portal.

Baca juga: Ibu Aaron Aziz meninggal dunia

Menurut laporan Astro Awani, Datuk Ahmad Jauhari Yahya antara mangsa yang terselamat berada di lokasi kejadian.

Helikopter berwarna merah yang dipercayai dipandunya berjaya melakukan pendaratan cemas kira kira 500 meter dari lokasi ketika ini.

Terdahulu, pagi tadi dilaporkan dua buah helikopter bertembung dan terhempas di kawasan berhampiran sekolah di Taman Melawati, Ampang, Kuala Lumpur.

Dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada jam 11 pagi tadi.

Laporan awal mengatakan terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan di mana dua tidak sedarkan diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca