Imej terbaru Jada Smith berkain batik sarong curi perhatian

A
A
A

APABILA tibanya bulan mulia, Ramadan Kareem, pasti kita dapat melihat setiap individu tampil berpakaian lebih sopan.

Tidak kiralah selebriti atau orang biasa, semua nampak sangat menghormati bulan yang penuh kerahmatan itu.

Terbaharu, pelakon Hollywood terkenal, Jada Pinkett Smith mencuri perhatian warganet apabila mengenakan kain  batik sarong dan berhijab.

Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Sabtu lalu, dia berpakaian seperti itu ketika menemani suaminya, Will  Smith berlari pada waktu pagi di negara Timur Tengah.

Rata-rata perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya seluruh dunia yang memuji kecantikannya berkain  batik tersebut.

Selain itu, warganet juga memujinya disebabkan mencuba menggayakan pakaian yang menutup aurat walaupun  berlainan agama.

Imej terbaru Jada Smith berkain batik sarong curi perhatianMegan Sims - Salam, kamu kelihatan hebat.

hiraqadri - Cantik. Dan terima kasih banyak kerana menghormati dan berfikiran terbuka.

naturally_nica - Glamour sangat subjektif. Anda kelihatan cantik .

hanane9288 - Semoga kedamaian bersamamu. Awak masih cantik. Saya rasa tudung adalah cara untuk mengatakan tidak kepada kod kecantikan moden yang diberikan oleh tekanan pemasaran dan masyarakat. Namun, semua orang bebas berpakaian seperti yang dikehendaki. Semoga kedamaian bersamamu Jada.

Baca juga Reza minta izin ibu sebelum peluk Islam

Dalam posting berlainan pula semalam, aktres berkenaan sekali lagi berkongsi foto dirinya bertudung warna pic ketika dia dan suami masih di Timur Tengah.

"Saya benar-benar yakin warna pic di Timur Tengah... sangat sesuai dengan saya," tulisnya.

Sekali lagi peminat membanjiri komen pada gambar tersebut yang mereka menyukai penampilan Jada seumpama itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca